Guru Besar Hilang: K9 Kesan Petunjuk - pakdin.my

guru-besar-hilang-kuala-kubu-bharu-PGA

Kuala Kubu Bharu: Operasi mencari dan menyelamat guru besar sekolah rendah di Kuala Lumpur Jashiah Rabu, 53, diteruskan pagi tadi di kawasan sekitar tiga kilometer pertama bermula di Kampung Orang Asli Buloh Telur, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, operasi bermula 9 pagi tadi mendapat petunjuk positif di kawasan kebun getah pada jarak 500 meter dari Pusat Kawalan Bomba.

“Unit anjing pengesan, K9 mengesan petunjuk di pondok dalam kebun itu yang menunjukkan mangsa pernah berada di kawasan itu.

“Namun operasi masih diteruskandan pasukan penyelamat juga akan ditambah petang ini daripada Pasukan Gerakan Am (PGA), Batalion 3, Bidor, Perak yang pakar dalam kawasan hutan,” katanya.

Menurutnya, operasi petang ini akan menjangkau tiga kilometer kedua sehingga ke Bukit Kutu.

Jashiah dilaporkan hilang dari rumahnya oleh suaminya Ruzilan Omar, 57, sejak Jumaat lalu.

Ketika pulang ke rumah selepas mengambil anak bongsu di Rawang kira-kira 3 petang, Ruzilan mendapati isterinya tiada dengan pintu pagar terbuka.


guru-besar-hilang-kuala-kubu-bharu-minta-makanan2

PGA turut bantu cari guru besar hilang

KUALA KUBU BHARU – Operasi mencari dan menyelamat guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Keramat Satu, Jashiah Rabu, 53, yang hilang sejak tujuh hari lepas di Taman Seri Seruling di sini diteruskan dengan bantuan Pasukan Gerakan Am (PGA) Sungai Perak Bidor, Perak.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R. Supramaniam berkata, kira-kira 15 anggota PGA terlibat membantu dalam operasi memasuki hari keempat hari ini, yang tertumpu di Kampung Orang Asli Buluh Telur di sini.
“Operasi yang berkeluasan tiga kilometer radius hari ini akan diteruskan dengan bantuan PGA Sungai Perak yang mempunyai kepakaran dalam hutan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Seramai 69 orang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Renjer Hutan, Pegawai Pendidikan Daerah, dan penduduk kampung terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat yang bermula 9 pagi ini, katanya.
Supramaniam berkata, pencarian hari ini turut melibatkan Unit Anjing Pengesan (K9) PDRM selain mencari di pondok-pondok kosong berhampiran kebun getah.
[ARTIKEL BERKAITAN: Guru besar hilang ketuk pintu minta makan]

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan sehingga pukul 7 malam mengikut keadaan cuaca.
Jashiah kali terakhir dilihat jirannya keluar dari rumahnya pada petang Jumaat dan apabila suaminya Ruzilan Omar, 57, pulang didapati pintu rumah mereka terbuka dan Jashiah tiada di rumah.
Difahamkan, Jashiah menghala ke kawasan hutan simpan Bukit Kutu selepas keluar daripada rumahnya di Taman Seri Seruling dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain sejauh kira-kira 10 kilometer.

UTAMAPOLITIKGuru Besar Hilang: K9 Kesan Petunjuk

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium