Ditampar teman lelaki, wanita maut jatuh gaung - pakdin.my

b-jaspal-kaur

Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam gaung sedalam 50 meter dipercayai akibat ditampar teman lelakinya dalam kejadian di Jalan Bukit Permai 1, Taman Bukit Permai, Ampang dekat sini, semalam.

Mangsa, B. Jaspal Kaur, 28, sedang duduk di atas bukit tersebut sebelum berlaku pertengkaran antara mereka dalam kejadian pada pukul 12.15 tengah malam itu.

Teman lelakinya yang berusia 35 tahun itu kemudian menampar mangsa pada leher menyebabkan mangsa terjatuh dari bukit yang berketinggian 50 meter.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang, Superintenden Mohd. Nazri Zawawi berkata, pihaknya tiba ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada saksi yang berada di kawasan terbabit.

mati-jatuh-lereng-bukit

“Kami berjaya mengeluarkan mayat mangsa dengan bantuan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah.

“Teman lelaki wanita terbabit yang berada di tempat kejadian turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati, kesan tolakan daripada tamparan yang kuat itu menyebabkan ma­ngsa tidak dapat mengawal badannya lalu terjatuh ke gaung tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Mohd. Nazri, mayat mangsa di bawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk proses bedah siasat.

Katanya, suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

UTAMABERITADitampar teman lelaki, wanita maut jatuh gaung

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium