SKMM Sekat 1,074 Laman Sesawang Lucah – Salleh

laman lucah

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sehingga Oktober tahun ini, menyekat 1,074 laman sesawang lucah di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, terkini sejumlah 106 laman lagi akan disekat atas kesalahan sama.

Katanya, langkah sekatan itu merupakan sebahagian usaha berterusan SKMM bagi memelihara nilai-nilai murni yang didukung masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

“Penting untuk SKMM ambil tindakan kerana ini adalah punca kepada masalah sosial di negara kita,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Rumah Terbuka Deepavali 2015 anjuran Badan Perhubungan MIC Sabah di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas, dekat sini, Selasa.

Selain itu, katanya, masyarakat awam juga disaran memberi maklumat mengenai mana-mana laman sesawang yang dipercayai menyebarkan kandungan berunsur lucah.

Maklumat itu boleh dimajukan kepada pihak SKMM di [email protected] (http://aduan.skmm.gov.my).

Dalam perkembangan sama, Salleh berkata SKMM turut mengambil tindakan serupa ke atas laman web judi di negara ini.

“Perkara ini kami akan banteras, juga dengan kerjasama semua pihak. SKMM akan bertindak bersama agensi lain yang terlibat termasuk Polis Diraja Malaysia dan yang penting hal-hal seperti iniperlu diberi perhatian sewajarnya,” tambahnya.

Mengenai Deepavali, beliau berharap ia dapat memperjelas dengan baik keutuhan hubungan antara rakyat Malaysia, sekali gus memupuk perasaan dan sikap saling hormat-menghormati antara pelbagai kaum ke arah memelihara keamanan dan keharmonian negara ini.

“Saya berharap rakyat negara ini akan dapat hidup dalam keadaan harmoni yang berpaksi kepada sikap toleransi yang merupakan elemen penting dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia,” katanya.

Salleh berkata ia selaras dengan aspirasi kerajaan memperkenalkan konsep 1Malaysia yang mengutamakan perpaduan nasional.

Beliau berkata masyarakat majmuk di negara ini disaran untuk mencari dan melihat persamaan yang ada bagi mengukuhkan ikatan perpaduan.

“Jika pun ada perbezaan, kita harus melihat perbezaan itu dengan cara kita sendiri di Malaysia, kita tidak boleh terikut-ikut dengan cara luar yang tidak selari dengan budaya kita. Ini penting untuk terus memelihara kestabilan negara daripada pelbagai aspek,” katanya lagi.

Facebook Comments

BERKAITAN

Array

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...