UtamaNASIONALAnggota Parlimen Kelana Jaya...

Anggota Parlimen Kelana Jaya Mohon Maaf Kepada Yusof Annuar Yaacob - pakdin.my

goldman-sachs

Anggota Parlimen PKR Kelana Jaya Wong Chen hari ini memohon maaf kepada Pengarah Urusan Goldman Sachs Malaysia Datuk Yusof Annuar Yaacob kerana tersilap meletakkan namanya bagi soalan yang hendak ditanya di Parlimen.

“Saya mengaku tersilap meletakkan nama Datuk Yusof Annuar Yaacob dan bukan sebaliknya nama Datuk Suboh Md Yassin (pengarah SRC International Sdn Bhd Datuk Suboh Md Yassin).

Atas kesilapan itu, saya dengan ini secara terbuka memohon maaf kepada Datuk Yusof Annuar Yaacob,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini.

Dalam soalan kepada Menteri Dalam Negeri di Dewan Rakyat, Wong bertanya mengenai di mana jutawan Low Taek Jho atau Jho Low, bekas pengarah eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Casey Tang Keng Chee dan Jasmine Loo Ai Swan, pengarah urusan SRC International Nik Faisal Ariff Kamil dan Yusof berada.

Kementerian Dalam Negeri dalam jawapan bertulis kepada soalan Wong semalam berkata polis tidak dapat mengesan Low, Tang, Loo, Nik Faisal Ariff dan Yusof.

Nik Faisal dan Low dikehendaki oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan berkaitan SRC International, manakala Tang dan Loo dikehendaki oleh Bank Negara Malaysia untuk membantu siasatan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 untuk membantu siasatan berkaitan 1MDB.

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata Wong boleh dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan Rakyat kerana membuat tuduhan yang salah.

“Pada masa akan datang, saya ingin mengingatkan supaya tidak membuat tuduhan yang palsu atau tuduhan yang tidak dapat dibuktikan.

Beliau mengaku kesilapannya meletakkan nama Datuk Yusof, beliau harus memohon maaf secara terbuka,” kata beliau kepada pemberita di lobi Bangunan Parlimen.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU

Rumah Rakit Uda Sungai Lebam hanyut

Difahamkan tiada pengunjung yang menyewa rumah rakit berkenaan ketika kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162049 https://youtu.be/9BNvuoiOv18

[VIDEO] Isu Islamofobia di Sweden antara akan dibincangkan dengan Brunei – Zambry

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membincangkan perkara berkenaan bersama rakan sejawatnya di Brunei, Erywan Mohd Yusof. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162036 https://youtu.be/ZoAoMi6CwpI

[VIDEO] Anak ikan paus terdampar di Kuala Baram

Operasi menyelamat telah dijalankan oleh pasukan bomba dengan bantuan orang awam dan menolak anak ikan paus tersebut ke kawasan yang lebih dalam. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162026

[VIDEO] Kelibat harimau dilihat di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim

PERHILITAN Perak mengesahkan, pihaknya menerima aduan berhubung kelibat harimau yang dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162019 .................

[VIDEO] ‘Sedekah’, ‘komisyen’ melunakkan rasuah, kata Anwar

“Dulu ‘komisyen’ okay, rasuah tak okay. Sekarang ada pula ‘sedekah’. “Sedekah untuk amal jariah okay, tapi ‘sedekah’ untuk dapat undi pilihan raya – rasuah.” BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162009

[VIDEO] ‘Kalau dia sedekah, kalau kita rasuah’, Zahid sindir Hadi

Semalam, Hadi mempertahankan pemberian wang menerusi bantuan diberikan kerajaan Terengganu beberapa hari sebelum PRU15. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161999

[VIDEO] Aliran Kenderaan Meningkat, Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama

Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan dilaporkan perlahan melibatkan kedua-dua arah selatan dan utara. https://pakdin.my/161988