UtamaNASIONALNGO Pro BN Gesa...

NGO Pro BN Gesa Kerajaan Negeri Haramkan Kemasukan Nurul Izzah Ke Sabah - pakdin.my

nurul izzah-jacel kiram-pengkhianat

Pakatan Badan Bukan Kerajaan Pro Barisan Nasional hari ini menggesa kerajaan negeri mengharamkan kemasukan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar ke Sabah selepas tersebarnya gambar beliau bersama Jacel H. Kiram, anak perempuan bekas ketua pengganas kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III.

Presiden pakatan itu, Zulkarnain Mahdar berkata pihaknya akan menulis surat kepada kerajaan negeri untuk meminta supaya tidak membenarkan Nurul Izzah menjejakkan kaki ke Sabah.

“Jangan lagi kaki kamu (Nurul Izzah) menjejak masuk ke Sabah, begitu juga anggota Parlimen Batu Tian Chua,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis hari ini berhubung gambar Nurul Izzah bersama Jacel yang tersebar di laman sosial.

Jacel memuat naik empat keping gambar bertarikh 9 Nov dalam akaun facebook beliau yang memaparkan pertemuan dengan Nurul Izzah.

Dalam pada itu, Zulkarnain berkata tindakan Anggota Parlimen Lembah Pantai itu mengundang kemarahan rakyat negeri ini ekoran tidak sensitif dengan keganasan yang menimpa keluarga mangsa yang terkorban sehingga meninggalkan trauma sehingga kini.

“Tindakan ini juga memberi kesan kepada rakan kita di Sarawak dan Semenanjung Malaysia kerana perajurit yang terkorban bukan orang Sabah sahaja. Malahan tindakannya itu juga pasti memberi kesan kepada keluarga Bernard Then yang menjadi mangsa penculikan pengganas Filipina dan kemudian dibunuh,” katanya.

Zulkarnain turut menyarankan agar Polis Diraja Malaysia menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat motif perjumpaan antara anggota pembangkang itu bersama Jacel yang mempunyai kaitan dengan pengganas dan sehingga kini masih menuntut hak ke atas Sabah.

“Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman sebelum ini juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa meskipun Jamalul Kiram dan adiknya yang mengetuai pencerobohan di Sabah telah meninggal dunia tetapi pasukan keselamatan di negeri ini masih berjaga-jaga kerana disyaki saki-baki pengganas itu masih lagi menyimpan hasrat untuk menceroboh kali kedua dan menuntut Sabah,” katanya.

Pada Februari 2013, kumpulan penceroboh dari selatan Filipina memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Pertempuran tercetus pada 1 Mac 2013 antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo.

Insiden itu menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera manakala 12 penceroboh bersenjata terbunuh.

Sehari selepas itu, enam lagi anggota polis turut terkorban dalam serangan hendap di perkampungan air Kampung Simunul, Semporna dan dua anggota tentera turut terbunuh semasa bertempur selain kemalangan dalam operasi di Lahad Datu.

PILU...Seorang penduduk Kampung Tanjung Labian Siti Aminah Haya, 21, menangis melihat rumahnya yang musnah terbakar akibat serangan kumpulan pengganas.
PILU…Seorang penduduk Kampung Tanjung Labian Siti Aminah Haya, 21, menangis melihat rumahnya yang musnah terbakar akibat serangan kumpulan pengganas.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...

[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas

Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di...

[VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

PHETCHABUN: Sebuah bas persiaran dua tingkat terbalik di Lebuhraya 12 di daerah Nam Nao pada Ahad, membunuh pemandu dan mencederakan kesemua 46 penumpang. Kemalangan berlaku...

Ancam bunuh Agong, lelaki ditahan

Polis menahan lelaki berusia 30-an yang memuat naik kandungan berunsur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Lelaki itu yang...

[VIDEO] Bom kereta meletup di Selatan Thai, seorang terbunuh, 28 cedera

BANGKOK – Seorang mangsa meninggal dunia dan lebih 24 orang cedera di Thailand selepas bom kereta meletup di luar fasiliti polis hari ini, kata...

[VIDEO] Gempa bumi Cianjur: Sekurang-kurangnya 103 orang maut, kebanyakannya kanak-kanak

Kebanyakan mangsa yang maut akibat gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat, dianggap sebagai kanak-kanak. "Kebetulan waktu bertepatan dengan mengaji di madrasah diniyah dan...

#PRU15: Dr Mahathir kalah, hilang wang pertaruhan di Langkawi

BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hilang wang pertaruhan dan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi. Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu hanya mendapat  4,566 undi,...

Syarikat induk Facebook, Meta berhentikan lebih 11,000 pekerja

Meta Platforms Inc, syarikat induk Facebook pada Rabu , berkata, syarikat itu akan memberhentikan 13 peratus kakitangannya atau lebih daripada 11,000 pekerja. Pemberhentian beramai-ramai itu...

#PRU15: Manifesto Temberang GTA ikrar letak Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM bawah Parlimen

Kebodohan dan kepura-puraan dalam janji manifesto ini tidak boleh disangkal lagi. Mahathir berkata jika GTA memenangi PRU15, mereka berjanji untuk meletakkan pelantikan dan pemantauan Ketua...

Orang ramai sepatutnya berhenti menyumbang dana kepada DAP-PH

Mereka terus berbohong kononnya mereka miskin tetapi pengisytiharan aset mereka menunjukkan sebaliknya. Anwar isytihar aset bernilai RM12 juta, Ngeh Koo Ham RM82 juta, Rafizi RM19...

Siasatan SPRM ke atas hakim SRC – Mahkamah Persekutuan tangguh penghakiman

Dua bekas Ketua Hakim Negara iaitu Tun Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim telah disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah ketika mereka...