Felda United Benam JDT - pakdin.my

Pemain JDT, Mahalli Jasuli (depan) diasak pemain Felda United, Mohd Aizul Ridzwan Razali (dua dari kanan) Johor Darul Ta'zim (JDT) bertemu Felda United pada perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia
Pemain JDT, Mahalli Jasuli (depan) diasak pemain Felda United, Mohd Aizul Ridzwan Razali (dua dari kanan) Johor Darul Ta’zim (JDT) bertemu Felda United pada perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia

FELDA United meranapkan impian Johor DT untuk merangkul kejuaraan ketiga selepas Piala AFC dan Liga Super, apabila menyingkir pasukan pilihan itu, di Larkin, malam tadi.

FELDA yang bertandang di dengan satu gol di tengan di tempat lawan menang 2-1.

Kedua-dua pasukan itu terikat 1-1, pada suku akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selasa lalu.

Pada aksi di Larkin, pemain import dari Liberia, Zah Rahan Krangar muncul wira skuad ‘The Fighters’ setelah dia meledak gol kemenangan pada minit ke-76.

Terdahulu, kedua-dua pasukan seri 1-1 dengan FELDA United membuka tirai jaringan menerusi penalti yang disempurnakan oleh Thiago Augusto Fernandes seawal minit keempat perlawanan sebelum kapten Johor DT, Safiq Rahim menyamakan kedudukan untuk skuad Harimau Selatan pada minit ke-49.

Sementara itu juara bertahan, Pahang turut mara ke separuh akhir kempen Piala Malaysia bersama FELDA United, Kedah dan juara 32 kali Piala Malaysia, Selangor selepas berakhirnya perlawanan suku akhir kedua.

Pada aksi di Stadium Jalan Besar, Singapura, pasukan tuan rumah, Lions XII menang 2-0 ke atas Pahang namun gagal menghalang kemaraan skuad Tok Gajah ke separuh akhir menerusi kekalahan agregat 3-4.

Pahang sebelum ini mencatat kemenangan selesa 4-1 ke atas skuad kendalian Fandi Ahmad itu pada suku akhir pertama di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Selasa lalu.

Dua gol pasukan Seberang Tambak itu pada aksi malam ini dijaringkan oleh Christopher Van Huizen pada minit ke-11 dan pemain terbaik perlawanan, Muhammad Faris Ramli pada minit ke-19.

Perlawanan itu adalah penampilan terakhir Lions XII dalam saingan bola sepak tempatan selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk tidak melanjutkan Memorandum Persefahaman yang ditandatangani bersama Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada 2011.

Selangor pula seri 1-1 menentang Sarawak di Stadium Shah Alam, namun mara ke separuh akhir dengan agregat 3-2.

Skuad The Red Giants sebelum ini menang 2-1, ke atas Sarawak pada suku akhir pertama di Stadium Negeri, Kuching, Selasa lalu.

Pada aksi di Shah Alam, Ashri Chuchu meletakkan pasukan pelawat di hadapan menerusi gol pembukaan pada minit ke-22 sebelum penyerang Afiq Azmi menyamakan kedudukan untuk Selangor, selang enam minit kemudian.

Dalam pada itu, juara Liga Perdana, Kedah mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas PKNS FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang untuk mara ke separuh akhir menerusi keputusan agregat 4-2.

Kedua-dua sebelum ini seri 1-1 pada suku akhir pertama di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Tiga gol Kedah dijaringkan oleh Chidi Edeh pada minit ke-29, Sandro Da Silva (minit ke-68) dan Muhd Syafiq Ahmad pada masa kecederaan separuh masa kedua.

Terdahulu, perlawanan berkenaan dicemari dengan aksi kasar antara kedua-dua pasukan sehingga memaksa pengadil, Samsudin Ibrahim melayangkan kad merah kepada pemain pertahanan PKNS FC, P. Gunalan yang melakukan terjahan keras ke atas Da Silva pada minit ke-86.

Pemain import Kedah dari Brazil itu dianugerahkan pemain terbaik perlawanan berkenaan.

Pahang dijadual menentang Selangor manakala Felda United berdepan Kedah pada aksi separuh akhir yang menggunakan format timbal balik iaitu pada 2 dan 6 Dis ini.

UTAMAGAYA HIDUPFelda United Benam JDT

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium