Bekas CEO 1MDB Tampil Beri Penjelasan Kepada PAC Berhubung Pembentukan Syarikat - pakdin.my

1mdb Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi hari ini tampil memberi keterangan kali kedua kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Shahrol tiba kira-kira pukul 10 pagi di bangunan Parlimen sebelum sesi memberi keterangan bermula yang turut dihadiri Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin dan anggota jawatankuasa PAC.

Pada 25 Nov lepas, PAC memanggil Shahrol pada pendengaran kali pertama untuk memberi keterangan berkaitan pembentukan 1MDB, yang dilapor berlaku dalam 2009 ketika di bawah pengurusan beliau.

Hasan dilapor sebagai berkata PAC memanggil semula Shahrol untuk pendengaran kali kedua berikutan ada beberapa maklumat yang harus dimaklumkan semula sebelum PAC mendengar keterangan daripada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy esok (1 Dis).

Hasan dalam kenyataannya sebelum ini turut menjelaskan ia dilakukan agar PAC dapat membentangkan satu laporan jawatankuasa dengan lebih telus, menyeluruh serta adil.

UTAMAEDITORIAL1MDBBekas CEO 1MDB Tampil Beri Penjelasan Kepada PAC Berhubung Pembentukan Syarikat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium