Mayat Kedua Mangsa Lemas Sungai Kuyoh Ditemui - pakdin.my

lemas-sungai-kuyuh-mayat-kedua

Mayat seorang lagi kanak-kanak mangsa lemas yang ditemui di Sungai Kuyoh berdekatan Kem Perdana Sungai Besi, di sini pagi ini, dikenal pasti sebagai Joshnuel Usin.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, mangsa yang berusia sembilan tahun ditemui ayahnya bersama pasukan pencari di sungai berkenaan pada pukul 10.10 pagi.

“Joshnuel ditemui pada jarak kira-kira 100 meter dari lombong berhampiran Kampung Muhibbah di Cheras.

“Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada Selasa, mayat Remy Julian Raymond Joe, 14, ditemui di Tasik Muhibbah pada 10.30 pagi, kira-kira 20 km dari lokasi mangsa dilaporkan hilang akibat arus deras.

Kok Sin berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa yang dikhuatiri lemas, Joe Jerry Primus, 12, diteruskan dengan penyertaan 182 anggota dan pegawai pelbagai agensi antaranya Jabatan Pertahanan Awam dan Angkatan Tentera Malaysia.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang Isnin lalu, Joe, Joshnuel dan Remy merupakan antara lapan remaja dan kanak-kanak yang pergi memancing di sungai berkenaan.

Namun, ketiga-tiga mereka hilang selepas dibawa arus deras manakala lima yang lain terselamat.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata pihaknya turut melakukan rondaan SAR melalui udara menggunakan helikopter dalam usaha mencari Joe.

UTAMABERITAMayat Kedua Mangsa Lemas Sungai Kuyoh Ditemui

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium