4 Terbunuh Bas Dirempuh Lori Gula - pakdin.my

Ada tercampak keluar dari bas dan ada terputus badan.

Tidak terkecuali, cebisan daging melekat pada dinding bas dan lori.

Itu antara empat mangsa yang terkorban dalam kemalangan ngeri membabitkan bas dan lori di Lebuh Raya Utara Selatan dekat susur keluar Taiping-Kemunting di Perak awal pagi tadi.

Tragedi berlaku di KM201.5 Lebuh Raya Utara Selatan selepas Hentian Rehat Dan Rawat Bukit Merah.

Kemalangan menjelang Ramadan ini berlaku apabila lori sarat dengan muatan gula dalam perjalanan ke utara terbabas ke lorong bertentangan selepas merempuh pembahagi jalan.

Lori ini kemudian merempuh bas ekspres dalam perjalanan dari Perlis ke Johor.

Akibatnya empat maut termasuk kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dan bapanya, seorang anggota polis.

Turut terbunuh pemandu dan kelindan lori.

Mangsa terbunuh dikenali Abdul Shahreer Abu Hassan, 23 tahun dan anaknya, Mohamad Faris, dua tahun, pemandu lori, A. Yogeswara Rao, 27 tahun dan kelindannya, K. Supramaniam, 30 tahun.

Beberapa penumpang bas pula dilaporkan cedera dan di hantar ke Hospital Taiping.

Manakala tiga mayat di hantar ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat.

Mayat Mohamad Faris dihantar ke Hospital Taiping untuk tujuan sama.

Punca kemalangan masih disiasat.

UTAMABERITA4 Terbunuh Bas Dirempuh Lori Gula

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium