Pembangkang hanya tahu bantah kerajaan – Najib - pakdin.my

Najib Razak

PENDANG 28 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihak pembangkang akan sentiasa membantah apa sahaja keputusan yang dibuat kerajaan bagi menambah baik sistem pilihan raya di negara ini.

Katanya, apabila kerajaan mahu memperkenalkan penggunaan biometrik bagi mengesahkan pengundi pada pilihan raya, mereka akan mengatakan penggunaan dakwat kekal adalah lebih baik dan beliau percaya jika kerajaan mahu menggunakan dakwat kekal, pembangkang akan mengatakan biometrik lebih baik.

“Mereka sekadar mahu membantah apa juga yang kita lakukan. Mereka mahu jadikannya isu kontroversi dan mencari kesalahan. Tiada pendirian konstruktif di pihak mereka. Mereka bukannya mahu mencari sesuatu yang dapat menambah baik sistem, mereka hanya mahu mencari kelemahan dalam sistem itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Belia 1Malaysia di Mini Stadium Pendang di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan memutuskan untuk menggunakan sistem biometrik kerana ia merupakan sistem yang saintifik dan tidak boleh dimanipulasi berbanding dengan dakwat kekal.

“Bagi dakwat kekal, anda boleh kenal pasti sumbernya… anda boleh dapat daripada sumber-sumber lain dan buat perkara yang sama. Ia satu kerugian kepada rakyat yang tidak dapat pergi (mengundi),” katanya.

UTAMABERITAPembangkang hanya tahu bantah kerajaan - Najib

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium