Sudah masanya bersama duduk semeja untungkan rakyat - pakdin.my

Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar

Sudah tiba masanya UMNO dan PAS bersatu dalam terus memperjuangkan perkara yang berkepentingan kepada agama, bangsa dan negara.

“Umat Islam kini semakin longgar. Ini masanya untuk kita duduk semeja berbincang ketepikan perbalahan, buang perkara yang tidak menguntungkan rakyat,” kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki selepas ucapan perasmian oleh Perdana Menteri, Datuk Sei Mohd Naib Razak di Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015, di ibu negara, Khamis.

Menurutnya, perkara itu tidak mustahil dicapai kerana kedua-dua parti mempunyai banyak agenda perjuangan yang sama dan perbezaan ideologi politik tidak harus dijadikan penghalang dengan meletakkan kepentingan agama dan bangsa sebagai keutamaan.

“Cuma kita harapkan rakyat Malaysia banyak-banyak berdoa. Kita jangan harapkan yang luar biasa, tetapi sekarang ini kita lihat cahaya di hujung lorong nampaknya semakin terang,” katanya.

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mahfodz Mohamed juga turut melahirkan harapan agar ‘tali perpaduan’ yang dihulurkan Najib kepada PAS dapat dilaksanakan selari dengan syiar Islam.

Ao6wBNOdJo6KqYplO81dP9wm_kih0hg2p1SRfssJlkzB

Perkara itu katanya, harus diperhalusi dengan perbincangan berterusan antara kedua-dua pihak supaya ikatan itu dapat dijayakan demi kepentingan umat Islam di negara ini.

“Kalau nak tunjukkan Perdana Menteri ada kesungguhan, mesti ada tindakan susulan ini, …maknanya kalau betul ikhlas, tunjukkan pelaksanaan ucapannya.

“PAS belum buat apa-apa keputusan, cuma tok guru (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dah nyatakan dari segi prinsipnya itu, kita kena dekatkan lagi hubungan berasaskan kepada ‘Tali Allah’,” katanya.

Veteran UMNO, Tan Sri Dr Mohd Ali Rustam pula menambah bahawa inisiatif perpaduan itu harus disambut bagi mengelak akibat yang mungkin menjadi lebih buruk, seperti apa yang berlaku di negara Timur Tengah di mana umat Islam berperang sesama sendiri.

Ini katanya kerana sikap berpecah-belah yang semakin menjadi-jadi dalam kalangan umat Islam di negara ini menyebabkan agama Islam kini sering menjadi bahan sendaan secara terbuka.

AgPZMQiKpmZEZFn0mNeeYU1wNRJoq49sc1psmR1xJfrD

“Mungkin semua dah sedar, jika kita berpecah kerana ideologi (politik), sedangkan agama menyeru kepada perpaduan, ramai yang ambil kesempatan, dan Islam nampak diperlekehkan, dan beberapa tahun kebelakangan ini sehingga nak azan pun tak kasi, kemudian Nabi dipersendakan, al-Quran dipijak.

“Jadi di sini, timbulnya kesedaran baharu, apa akan jadi sekiranya kita tak pegang pada tali Allah sebagai saudara dalam Islam, maka orang akan hina,” kata bekas Ketua Menteri Melaka itu.

ArGSngoejUKjlV3heZYcV9OQRC2cfBrUcIaWpaRxlV6p

Sebelum itu, Najib dalam ucapan perasmian seminar tiga hari itu mengingatkan hadirin mengenai seruan Islam agar umatnya mengutamakan perpaduan.

Najib juga pada 12 Dis. lalu sewaktu menutup Persidangan Agung UMNO telah menghulurkan ‘tali silaturrahim’ kepada PAS untuk sama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam sebenarnya.

 

UTAMAPOLITIKSudah masanya bersama duduk semeja untungkan rakyat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium