Henti Sebar Berita Tumbuhan Beracun – USM - pakdin.my

usm-tumbuhan-beracun

Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini meminta pihak yang menyebarkan berita berhubung dakwaan terdapat tumbuhan beracun yang menyebabkan kematian agar membuat aduan rasmi berserta bukti.

Pengarah Pusat Media dan Perhubungan Awam USM, Mohamad Abdullah berkata pihaknya menerima banyak pertanyaan berhubung kajian sejenis tumbuhan yang didakwa telah mengakibatkan kematian yang menjadi viral di laman sosial.

“Membuat viral tanpa bukti yang sahih seperti ini hanya akan menimbulkan masalah. USM sedia membuat siasatan rapi dengan kepakaran yang ada di Pusat Pengajian Sains Kajihayat mahupun bidang-bidang lain yang berkaitan,” katanya dalam kenyataan Sabtu.

“USM juga memohon agar penyebaran maklumat ini dihentikan segera sehingga kita mempunyai bukti sahih untuk menjelaskan tentang dakwaan itu,” katanya.

Isu kematian yang dikaitkan dengan USM itu menjadi viral di laman sosial Facebook hari ini.

Seorang penuntutnya dikatakan meninggal dunia akibat leukemia yang didakwa disebabkan oleh sejenis tumbuhan beracun yang sedang diselidiki penuntut itu.

UTAMAHenti Sebar Berita Tumbuhan Beracun - USM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium