Najib jalani pembedahan lutut Isnin ini di HKL - pakdin.my

Najib Tun Razak menyepak bola tanda merasmikan Rentap Futsal Kosmo! 2011 di Putrajaya, 28 Mei 2011 yang lalu. Turut kelihatan Ahmad Shabery Cheek, Dr. Koh Tsu Koon, Ahmad Maslan dan Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin.

Dilapurkan Perdana Menteri akan menjalankan pembedahan lutut pada hari Isnin depan di Hospital Kuala Lumpur.  Kebiasaan Perdana Menteri mengenepikan protokol demi bertemu dengan rakyat di tepi-tepi jalan, nampaknya sudah mula mendatangkan kesan.

Yang paling penting Perdana Menteri memilih untuk menjalankan pembedahan di dalam negara, sudahlah di dalam negara, di hospital kerajaan pulak tu.  Ini kita bercakap tentang Perdana Menteri tau, bila-bila masa sahaja beliau boleh mendapatkan rawatan di luar negara, di hospital pakar yang terbaik, tapi begitulah Perdana Menteri kita.

Tidaklah macam pembedahan tulang belakang seorang pemimpin pembangkang yang dijalankan di Munich.

Pada umur yang sebegini ditambah pula dengan kekuatan Perdana Menteri bekerja, kecederaan yang sebegini memang biasa dialami orang-orang yang sebaya dengannya.  Tidak ada apa yang pelik dengan itu.

Tak seperti yang digambarkan oleh blog-blog picisan pembangkang yang membandingkan keadaan kecederaan Perdana Menteri dengan ntah apa karma yang menimpa sebilangan pemimpin pembangkang lanjutan daripada perhimpunan Bersih yang gagal tempoh hari.

Apa yang berkaitan pun tak tahulah.

Wajiblah kita semua rakyat Malaysia mendoakan keselamatan dan kesejahteraan Perdana Menteri. Dan selepas pembedahan nanti boleh terus bertemu dengan rakyat di pelusuk Malaysia ini. Rasanya masih banyak lagi pelusuk dan ceruk dalam Malaysia ini yang menanti sentuhan Perdana Menteri.

 

Najib jalani pembedahan lutut Isnin ini

PENDANG: Datuk Seri Najib Razak mengesahkan bahawa beliau akan menjalani pembedahan kecil pada lutut kiri di Hospital Kuala Lumpur Isnin ini, berikutan kecederaan yang dialaminya semasa bermain futsal sempena sambutan Hari Belia pada Mei lalu. 

Perdana Menteri berkata, pembedahan itu tidak akan mengambil masa lama untuk pulih dan beliau boleh pergi ke pejabat selepas tiga hari.

“Ia satu kecederaan lama semasa aktif bersukan. Saya mengalami kecederaan ini semasa bermain bola sepak, ketika itu saya menjawat Menteri Belia dan Sukan, dalam perlawanan terakhir bagi Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.

“Selepas bertahun lamanya, kecederaan ini berulang dan ini berlaku semasa melakukan sepakan penalti ketika bermain pada program Belia Futsal,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Belia 1Malaysia di sini hari ini.

UTAMABERITANajib jalani pembedahan lutut Isnin ini di HKL

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium