MAB siasat MH132 tersalah arah penerbangan - pakdin.my

malaysia airlines MH132 salah laluan

Pesawat Malaysia Airlines MH132 yang dilaporkan tersalah arah laluan pada 24 Disember lalu, sudah diberikan pelan penerbangan terkini oleh Operations Dispatch Centre (ODC).

Bagaimanapun, ATC Auckland secara tidak sengaja memberikan pelan penerbangan yang difailkan lebih awal.

Namun, Malaysia Airlines Bhd (MAB) dalam kenyataan, Ahad memberitahu bahawa kedua-dua laluan berkenaan adalah yang diluluskan dan pesawat terbabit mempunyai cukup bahan api untuk melalui kedua-dua laluan.

Pelan penerbangan sesebuah pesawat ditentukan berdasarkan keadaan semasa yang antara lain mengambil kira isu cuaca, notis trafik udara dan laluan yang sesuai.

“MAB sedang menyiasat berkaitan penyerahan pelan penerbangan. Keselamatan penumpang dan anak kapal tidak pernah dikompromi dan keutamaan MAB, ” kata kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, pihak berkuasa New Zealand dilaporkan berkata, satu siasatan sedang dijalankan selepas sebuah MAB yang sepatutnya dalam perjalanan ke Kuala Lumpur namun mengambil laluan luar biasa ke arah Melbourne.

Penerbangan MH132 meninggalkan Lapangan Terbang Auckland ke Kuala Lumpur semalam.

Namun juruterbang menyedari pesawat tidak menuju ke haluan sebenar selepas beberapa minit perjalanan.

Lapan minit selepas pesawat itu berlepas jam 2.23 pagi, juruterbang menghubungi menara kawalan udara di Auckland meminta mereka melihat mengapa pesawat tidak terbang menuju ke Malaysia.

malaysia airlines auckland MH132

UTAMAMAB siasat MH132 tersalah arah penerbangan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium