Sokongan padu penyokong Harimau Malaya perlu diteruskan – TPM - pakdin.my

KUALA LUMPUR 28 Julai – Skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya telah menunjukkan corak permainan yang baik walaupun tewas dengan agregat 6-4 pada perlawanan timbal balik Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Walaupun tewas, pemain-pemain Malaysia telah memberikan tentangan yang baik terhadap pemain-pemain Singapura. Perlawanan malam ini adalah sesuatu yang mengujakan.

“Sokongan padu penyokong perlu diteruskan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai perlawanan itu.

Pada perlawanan itu, Malaysia hanya mampu seri 1-1 dengan Singapura dan jaringan tunggal Malaysia dihasilkan Mohd. Safee Sali pada minit ke-57

UTAMABERITASokongan padu penyokong Harimau Malaya perlu diteruskan - TPM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium