Empat Wanita Cedera Parah Kemalangan Di Ulu Yam - pakdin.my

kemalangan-hulu-yam-1

HULU SELANGOR — Empat wanita cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Besar Ulu Yam, Ulu Yam dekat sini petang Jumaat.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt R. Supramaniam berkata dalam kejadian 6.10 petang itu, sebuah kereta jenis Toyota Wish dipandu seorang wanita berusia 21 tahun, terbabas ke kiri jalan sebelum bertembung dengan Perodua Myvi dinaiki empat wanita.

Katanya pemandu Toyota Wish berkenaan yang dikenali sebagai Choy Zen Ni serta tiga lagi penumpang Perodua Myvi – Yuhaiti Jusoh, 25, Nur Samilla Sudin, 24, dan Nur Athikah Falshah, yang cedera parah dibawa ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan lanjut.

“Pemandu Perodua Myvi terbabit (identiti belum dikenal pasti) hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, sembilan anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 6.25 petang.

UTAMABERITAEmpat Wanita Cedera Parah Kemalangan Di Ulu Yam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium