PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    Thailand, Filipina & Indonesia Mungkin Sertai TPP – MITI

    tppa-thailand-indonesia-filipina

    Thailand, Filipina dan Indonesia sudah menyuarakan minat untuk menjadi sebahagian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) .

    Jawapan bertulis MITI itu sebagai menjawab isu yang dibangkitkan oleh bekas pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Prof Dr Jomo Kwame Sundaram, baru-baru ini, bahawa negara-negara seperti Thailand dan Filipina mengelak daripada perjanjian berkenaan.

    Malah, bercanggah daripada apa didakwa Jomo, MITI berkata, Thailand dan Filipina sudah menyatakan minat untuk menjadi sebahagian TPP, kata MITI.

    Pada 27 Nov, 2015, Timbalan Perdana Menteri Thailand, Somkid Jatusripitak yang dipetik agensi berita Reuters sebagai berkata : “Thailand sememangnya amat berminat untuk menyertai TPP dan peluang sememangnya tinggi untuk kita menganggotainya.”

    Pada 14 Okt, 2015, Presiden Filipina Benigno Aquino yang dipetik Reuters berkata : “Kita amat berminat menjadi sebahagian daripadanya. Tindakan menyertai TPP itu adalah sesuatu yang berfaedah untuk kita, terutama disebabkan pihak yang sudah menyertainya adalah akrab dengan kita.”

    Menurut MITI, pada 26 Okt, 2015, satu lagi anggota ASEAN, Indonesia turut menyatakan minat menganggotai TPP.

    Ini menerusi kenyataan Presiden Joko Widodo yang dipetik Reuters sebagai berkata : “Kita adalah ekonomi terbesar di Asia Tenggara dan Indonesia berhasrat menganggotai TPP.”

    Merujuk isu bahawa Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan menjejaskan perjanjian perdagangan pelbagai hala dan dua hala, MITI berkata, sebagai negara yang berdagang dengan pasaran domestik kecil, Malaysia seharusnya terbuka dan terus menjalankan perdagangan dengan lebih banyak negara.

    “Kita perlu mempelbagaikan dagangan serta menjalin hubungan baik dengan semua negara.

    “Malaysia akan terus menjadi sebahagian daripada perjanjian yang pada pandangan kita, selaras dengan kepentingan negara.”

    Mengenai kenyataan Jomo bahawa Malaysia adalah ‘amatur’ yang akan memasuki ‘wilayah yang tidak diketahui’ berbanding negara lain yang lebih berpengalaman, kementerian itu menegaskan, Malaysia sudah terbabit dalam rundingan 13 perjanjian perdagangan dua hala dan perjanjian perdagangan bebas (FTA) wilayah dengan negara maju serta membangun.

    “Oleh itu, tidak adil sama sekali untuk menyatakan bahawa Malaysia kurang berpengalaman untuk terbabit dalam rundingan dagangan dengan negara lain.

    “Sepanjang rundingan TPPA misalnya, Malaysia turut bertegas yang ia sama sekali tidak akan berkompromi dalam dasar penting seperti agenda Bumiputera.

    “Ia membuktikan bahawa kita mampu berunding atas kepentingan kita serta memastikan suara kita turut didengari negara maju lain, sekaligus menyangkal tuduhan bahawa Malaysia adalah ‘amatur,'” tegas MITI.

    Mengenai penyelesaian pertikaian pelabur negeri (ISDS), ia berkata : “Selain melindungi pelaburan asing dalam negara kita, ia turut memberi perlindungan kepada syarikat Malaysia yang beroperasi di luar negara.

    “ISDS jauh lebih penting untuk syarikat kita sekarang yang mana bagi suku ketiga 2015, pelaburan langsung asing (FDI) kita di luar negara adalah sebanyak RM601.6 bilion yang melebihi FDI kita sebanyak RM500.2 bilion.”

    Selain itu MITI berkata, kerajaan akan meneliti andaian oleh PBB, Bank Dunia dan PwC Malaysia mengenai impak perdagangan TPP.

    “Bagi perbandingan adil kajian oleh PBB, Bank Dunia dan PwC Malaysia, kerajaan perlulah meneliti andaian itu secara sepenuhnya,” katanya.

    Ia bagi menjawab dakwaan Jomo bahawa TPP hanya memberi kesan ekonomi sederhana untuk Malaysia.

    Mengulas dakwaan Jomo bahawa TPP menyebabkan kehilangan pekerjaan, MITI berkata, peningkatan aspek pengautomatikan adalah sesuatu yang dijangkakan di bawah perjanjian perdagangan dan sejajar dengan pertumbuhan jumlah dagangan.

    “Objektif kerajaan adalah untuk meningkatkan input modal dan teknologi serta menarik FDI yang berkualiti,” katanya.

    # Tag
    Berkaitan

    父临终前 病房内互殴 姐妹花被控上庭

    Lelaki berusia 60 tahun mati ditembak di daerah Nong Chik, Pattani

    Penyerang tembak anggota Sukarelawan Keselamatan Pattani, 1 cedera

    封面国旗设计失误 星洲日报致歉

    Popular
    NAJIB RAZAK

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    EKONOMI

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    DUNIA

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    Terkini

    父临终前 病房内互殴 姐妹花被控上庭

    Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

    Lelaki berusia 60 tahun mati ditembak di daerah Nong Chik, Pattani

    Penyerang tembak anggota Sukarelawan Keselamatan Pattani, 1 cedera

    Tarik lesen penyiaran Sin Chew Daily – Razlan

    Sin Chew Daily mohon maaf

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    [Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas