PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    PM sumbang RM20,000 keluarga mangsa kemalangan maut Jalan Gua Musang

    kemalangan maut gua musang

    GUA MUSANG — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyumbang wang tunai RM20,000 kepada keluarga dua mangsa kemalangan maut di Kilometer 25 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Sabtu lepas.

    Sumbangan disampaikan Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ketika menziarah rumah keluarga mangsa di Felda Chiku 2 dan Kampung Panggong Lalat di sini hari ini.

    Di Felda Chiku 2, Abdul Azeez menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Yasin Husin, 60, bapa kepada Allahyarham Noor Azila Yasin, 27, manakala di Kampung Panggong Lalat, sumbangan disampaikan kepada Adzudin Sulaiman, bapa kepada mangsa yang cedera Mohd Hafiz Adzudin, 27, iaitu suami kepada Noor Azila.

    Dalam kemalangan itu, enam sekeluarga, termasuk tiga kanak-kanak, maut apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan lori dekat Kampung Rantau Manis di sini.

    Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, pemandu kereta Nur Amira Adzudin, 23, ibunya Mardiah Drani, 48, kakak iparnya Noor Azila, serta tiga anak Noor Azila, Muhammad Hadif Haykal Muhd Hafiz, 18 bulan, serta pasangan kembar Siti Badrishah Ab Rahman dan Siti Noraudah, 4, maut.

    Abdul Azeez turut menawarkan kemudahan mengerjakan haji kepada pasangan ibu bapa Noor Azila, Adzudin dan Mohd Hafiz.

    Bercakap kepada pemberita, Abdul Azeez berkata pihaknya juga akan membayar upah haji bagi semua enam sekeluarga yang maut itu.

    Sementara itu, Yasin terharu dan berterima kasih kepada semua pemimpin termasuk Perdana Menteri yang prihatin dengan nasib yang menimpa keluarganya.

    Beliau turut bersyukur dengan kesediaan Abdul Azeez menguruskan mereka menunaikan haji.

    “Saya cukup terharu dengan keprihatinan semua pihak dan memanglah saya bersama isteri telah lama bercadang mengerjakan haji dan bersyukur ia semakin dipermudahkan,” katanya.

    Mohd Hafiz yang patah lengan kanan dalam kemalangan itu, melahirkan kesyukuran kerana mendapat tawaran menunaikan haji.

    “Saya menyifatkan perkara itu sebagai sumbangan yang cukup besar dan saya terima dengan hati terbuka untuk menunaikan haji bersama bapa walaupun ibu meninggal dunia dalam kemalangan itu,” katanya.

    # Tag

    Berkaitan

    Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

    Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

    Sin Chew Daily mohon maaf

    封面国旗设计失误 星洲日报致歉

    3 pegawai imigresen direman, disyaki terima habuan RM10 juta

    Popular

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    [Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

    Terkini

    UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

    PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

    PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) bergaya

    PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

    Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

    Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

    PAS menggunakan UMDAP untuk menyerang UMNO

    PAS uses UMDAP to attack UMNO

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah