Semua 6 aktivis PSM dibebaskan: KPN - pakdin.my

Anggota Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devara

KUALA LUMPUR: Semua enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO) bulan lepas telah dibebaskan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengumumkan hari ini.

Ismail dalam satu kenyataan hari ini berkata berikutan pembebasan itu, tindakan selanjutnya akan ditentukan oleh Jabatan Peguam Negara.

Ketika dihubungi, jurucakap Polis Bukit Aman berkata kesemua tahanan itu dibebaskan secara serentak petang tadi selepas selesai pemeriksaan doktor.

Mereka ialah Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devara, 56, setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, A.P.Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33 dan M.Sukumaran, 50, timbalan pengerusi PSM, M. Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R.Sarat Babu, 25.

Mereka ditahan pada 2 Julai lalu di Seberang Prai, Pulau Pinang mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan).

Terdahulu, mereka ditahan bersama 24 yang lain dalam sebuah bas persiaran di Plaza Tol Sungai Dua, Kepala Batas pada 25 Julai dan didakwa di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana cuba melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong.

Ahli Parlimen Sungai Siput Antara 6 Dibebaskan

Enam individu yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan yang mengancam keselamatan negara, dibebaskan petang tadi.

Mereka ditahan sejak dua Julai lalu di bawah Seksyen 3(1), Ordinan Darurat, Ketenteraman Awam Dan Pencegahan Jenayah 1969.

Pembebasan keenam-enam tahanan itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menerusi satu kenyataan media.

Mereka yang dibebaskan ialah Dr D.Jeyakumar, yang juga ahli parlimen Sungai Siput , M.Saraswathy, A.Letchumanan, M.Sukumaran, R.Saratbabu dan Choo Chon Kai.

Dengan pembebasan itu, jelas Tan Sri Ismail, tindakan selanjutnya akan ditentukan oleh Jabatan Peguam Negara.

Dalam kejadian 25 Jun lalu, keenam-enam mereka antara 30 orang yang ditangkap ketika menaiki sebuah bas di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang.

Turut dirampas, beberapa bahan untuk menghasut orang ramai menyertai perhimpunan haram, sembilan Julai lalu.

UTAMABERITASemua 6 aktivis PSM dibebaskan: KPN

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium