Bilangan Lelaki Lebih Ramai Di Malaysia - pakdin.my

Lelaki lebih ramai

Malaysia kini mempunyai 28.3 juta penduduk dengan bilangan lelaki melebihi wanita.

Laporan Banci Penduduk Dan Perumahan Malaysia 2010 menunjukkan penduduk lelaki kini berjumlah 14.56 juta orang dan wanita, 13.77 juta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan ialah sebanyak dua peratus bagi tempoh tahun 2000 hingga 2010.

Ia menurun berbanding 2.6 peratus bagi tempoh 1991 hingga 2000.

Bancian juga menunjukkan taburan penduduk tertinggi dicatatkan di Selangor dengan 5.46 juta.

Manakala negeri mempunyai kepadatan penduduk tertinggi ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 6,891 orang.

Banci 2010 adalah yang kelima dijalankan untuk menghasilkan data yang berguna untuk perancangan dan pelaksanaan dasar pembangunan negara.

UTAMABERITABilangan Lelaki Lebih Ramai Di Malaysia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium