UtamaPOLITIKTanah di Jalan SP...

Tanah di Jalan SP Chelliah bukanlah ganti – memang projek PPR yang telah dirancang sejak Barisan Nasional memerintah di Pulau Pinang. - pakdin.my

lim-guan-eng-rasuah-taman-manggis

Gara-gara cuba hendak menjadi hero membela rakannya dalam Pakatan Harapan Lim Guan Eng, akhirnya Ahli Parlimen AMANAH Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa kantoi berhubung isu Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Pulau Pinang yang hangat diperkatakan pada sidang Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabuddin Yahaya yang membidas kenyataan Mujahid berkata tanah di Jalan SP Chelliah bukanlah tanah ganti sebaliknya ia sememangnya projek PPR yang telah dirancang sejak Barisan Nasional memerintah di Pulau Pinang lagi.

“Apa yang disebut oleh Parit Buntar tadi tidak benar, tanah itu sebenarnya telah dirancang untuk PPR sejak dari kerajaan Barisan Nasional jadi ia bukan merupakan satu tapak yang diganti bagi tanah yang disebutkan oleh kota belud tadi iaitu Taman Manggis.

“Tanah itu memang dah ready jadi maknanya kalau takde isu di jalan zainal abidin di Taman Manggis itu jadi tanah di Jalan SP Chelliah tu tetap kena dibina rumah PPR. Jadi dia bukan ganti itu alasan, kerajaan BN dah buat semua perancangan itu,” katanya panjang lebar ketika perbahasan menggulung titah Yang Dipertuan Agong.

Dengan penerangan itu membuktikan Mujahid tidak membuat kajian secara terperinci apa sebenarnya yang berlaku di Pulau Pinang.

Sebaliknya cuba membangkitkan fakta yang langsung tidak betul sama sekali dan akhirnya ia memakan dirinya sendiri.

Dalam kenyataan Mujahid sebelum itu beliau yang bangun mencelah berdiri dengan angkuh dan berlagak seolah-olah pakar dalam isu PPR di Pulau Pinang mendakwa kerajaan negeri telah menggantikan tanah di Jalan SP Chelliah apabila bertindak menjual tanah di Taman Manggis.

“Kerajaan negeri telah menggantikan 2.8 hektar jauh lebih besar di Jalan SP Chelliah untuk dua projek perumahaan mampu milik jadi saya rasa ia perlu dirakamkan,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam jawapannya ketika menggulung turut menyindir kebodohan Guan Eng yang seringkali mengeluarkan kenyataan yang hanya menjerut dirinya sendiri apabila fakta yang digunakan tidak tepat dan berputar-putar.

“Yang peliknya cara YB Bagan mempertahankan dirinya setiap kali dia buka mulut dia hanya perangkap dirinya sendiri kerana ia tidak berpaksikan kepada fakta dan kenyataan.

“Contohnya dia kata tidak tahu tanah itu telah digazetkan untuk pembinaan PPR sedangkan dia sendiri yang mengatakan dalam ucapannya di Dewan Undangan Negeri (Pulau Pinang) yang mengatakan kerajaan negeri memang meletakkan itu sebagai pembinaan PPR tetapi digunakan untuk benda yang lain,” katanya.

Sebelum ini, Shabuddin mendedahkan skandal penjualan tanah yang membabitkan Guan Eng di Taman Manggis.

Tanah tersebut sepatutnya dibangunkan PPR tetapi berdasarkan maklumat terkini ia bakal dibina hospital swasta dan hotel mewah.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU

Rumah Rakit Uda Sungai Lebam hanyut

Difahamkan tiada pengunjung yang menyewa rumah rakit berkenaan ketika kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162049 https://youtu.be/9BNvuoiOv18

[VIDEO] Isu Islamofobia di Sweden antara akan dibincangkan dengan Brunei – Zambry

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membincangkan perkara berkenaan bersama rakan sejawatnya di Brunei, Erywan Mohd Yusof. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162036 https://youtu.be/ZoAoMi6CwpI

[VIDEO] Anak ikan paus terdampar di Kuala Baram

Operasi menyelamat telah dijalankan oleh pasukan bomba dengan bantuan orang awam dan menolak anak ikan paus tersebut ke kawasan yang lebih dalam. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162026

[VIDEO] Kelibat harimau dilihat di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim

PERHILITAN Perak mengesahkan, pihaknya menerima aduan berhubung kelibat harimau yang dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162019 .................

[VIDEO] ‘Sedekah’, ‘komisyen’ melunakkan rasuah, kata Anwar

“Dulu ‘komisyen’ okay, rasuah tak okay. Sekarang ada pula ‘sedekah’. “Sedekah untuk amal jariah okay, tapi ‘sedekah’ untuk dapat undi pilihan raya – rasuah.” BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162009

[VIDEO] ‘Kalau dia sedekah, kalau kita rasuah’, Zahid sindir Hadi

Semalam, Hadi mempertahankan pemberian wang menerusi bantuan diberikan kerajaan Terengganu beberapa hari sebelum PRU15. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161999

[VIDEO] Aliran Kenderaan Meningkat, Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama

Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan dilaporkan perlahan melibatkan kedua-dua arah selatan dan utara. https://pakdin.my/161988