#PRNSarawak11: PKR kata tak tipu, DAP kata mereka diperdaya

Kerusi PRN Sarawak: PKR Tak Pernah Tipu DAP

Isu PKR menipu DAP berhubung pengagihan kerusi pilihan raya negeri Sarawak tidak pernah timbul seperti mana didakwa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, kata Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau berkata, pertembungan di enam kerusi antara DAP dan PKR sepatutnya boleh dielak.

“Walaupun DAP mengumumkan kerusi yang akan ditandingi sebelum mendapat kelulusan majlis presiden Pakatan Harapan seperti mana yang ditetapkan dalam Perjanjian Pakatan Harapan, PKR terbuka untuk perbincangan sehingga tengah malam pada Ahad dengan harapan saingan tiga penjuru dapat dielak,” katanya.

Beliau menambah, bagaimanapun pihak PKR tidak menerima maklum balas daripada Guan Eng.

“Dengan kata lain, Guan Eng telah membuat keputusan untuk bertanding di semua lima kerusi tanpa mempertibangkan cadangan PKR untuk berunding dengan cara adil dan mewujudkan situasi menang-menang,” katanya Shamsul menerusi kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, adalah menyedihkan apabila kini ada enam kerusi yang sama-sama ditandingi PKR dan DAP, termasuk Batu Kitang.

“Kesan secara langsung adalah ia tidak akan memberi laluan mudah untuk Pakatan Harapan menang, malahan akan mengurangkan peluang calon PKR, Voon Shiak Ni (Batu Kitang),” katanya.

Kata Shamsul, rundingan berkaitan agihan kerusi dijalankan dengan telus dan adil.


 Guan Eng akui ‘diperdaya’ PKR, terpaksa lawan di enam kerusi

Tindakan PKR dan DAP bertanding sesama sendiri enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke 11 hanya mengundang padah kepada pembangkang.

Ia bukan sahaja memberi peluang lebih besar kepada calon Barisan Nasional (BN) menang di kerusi tersebut disebabkan undi pecah tetapi kedua-dua parti boleh dipecat dari Pakatan Harapan (PH).

Untuk rekod ketika PH ditubuhkan menggantikan Pakatan Rakyat, PKR, DAP dan AMANAH menandatangani perjanjian bersama yang bersetuju PH hanya meletak seorang calon untuk mewakili pembangkang dalam mana-mana pilihan raya.

PH membuat peraturan itu termasuk memecat mana-mana parti yang engkar dalam usaha mereka bagi mengekalkan pakatan tiga parti pembangkang itu selepas PAS diketepikan.

Bagaimanapun, keputusan yang dipersetujuan termasuk penentuan pembahagian kerusian yang mesti diluluskan Majlis Presiden PH dilanggar pada PRN Sarawak.

Malangnya, PKR memukul gendang perang dengan mencabuli persetujuan pembahagian kerusi di Sarawak apabila bertanding menentang DAP di Mulu, Mambong, Ngemah, Simanggang dan Murum.

Ia berikutan kuasa yang diberikan oleh Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kepada parti itu di Sarawak untuk berbuat demikian.

DAP membalas dengan meletakkan calonnya menentang PKR di Batu Kitang yang sebelum ini diperuntukkan kepada PKR

Pada penamaan calon hari ini, pegawai pengurus pilihan raya di Sarawak mengumumkan PKR dan DAP akan bertarung antara satu sama lain di enam kawasan pilihan raya.

Kerusi terbabit adalah Batu Kitang, Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong.

Lima kerusi lain itu sebelum ini diperuntukkan kepada DAP.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mengesahkan beliau memberi kuasa kepada pengerusi PKR Sarawak Baru Bian untuk mengeluarkan surat kebenaran kepada lima calon terbabit.

Di Batu Kitang, calon DAP Abdul Aziz Isa terpassa menunggu dalam kenderaannya berhampiran pusat penamaan calon sehingga PKR meletakkan calon bagi Mambong barulah beliau menyerahkan borang pencalonan.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata parti itu merasa “diperdaya”.

“Ia bukan hanya satu kerusi, ia lima kerusi. Jika satu kerusi, kita faham dan kita boleh cuba untuk melupakan tetapi lima kerusi. Bagaimana kita boleh terlepas pandang?” katanya kepada pemberita di Miri.

Sebanyak 80 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Sarawak menjadi rebutan, selepas BN menang dua kerusi tanpa bertanding. Di bawah adalah senarai kerusi yang ditandingi oleh PKR dan DAP.

Berikut senarai enam kerusi yang jadi rebutan dan senarai calon.

Batu Kitang:

Lo Khere Chiang (BN)

Abdul Aziz Isa (DAP)

Voon Shiak Ni (PKR)

Othman Bojeng (Bebas)

Sulaiman Kadir (Bebas)

Mulu:

Gerawat Gala (BN)

Paul Baya (PKR)

Paul Raja (DAP)

Roland Dom (Bebas)

Murum:

Chuk Tai Ugun (BN)

Mathew Silek (DAP)

Abun Sui (PKR)

Stanley Ajang Bato (Bebas)

Simanggang:

Francis Harden Holis (BN)

Norina Umoi anak Utot (PKR)

Leon Jimat Donald (DAP)

Ngu Piew Seng (Bebas)

Mambong:

Jerip Susil (BN)

Sanjan Daik (DAP)

Willie Mongin (PKR)

Ngemah:

Alexander Anak Vincent (BN)

Richard Anak Lias (DAP)

Thomas Laja Anak Besi (PKR)

Joseph Jawa Anak Kendawang (Bebas)

Facebook Comments

BERKAITAN

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...