PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar ditetapkan 18 Jun – SPR

tmp_24419-helikopter hilang noriah kasnon-519310552

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 18 Jun sebagai tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Kedua-dua tarikh tersebut diumumkan oleh Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah .

“Penamaan calon pada 5 Jun, undi awal pada 14 Jun,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas di Ibu Pejabat SPR di sini hari ini.

PRK bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar kosong berikutan kematian wakil-wakil rakyat kawasan itu, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lalu.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Barisan Nasional (BN) menang majoriti tipis 399 undi di Parlimen Sungai Besar dan 1,082 undi di Kuala Kangsar.

Di Sungai Besar, Noriah yang kali ketiga bertanding mendapat 18,695 undi, sementara calon PAS Mohamed Salleh Husin mendapat 18,296 undi.

Di Kuala Kangsar pula, Wan Khair-il Anuar yang pertama kali bertanding mendapat 14,218 undi, manakala calon Pas, Khalil Idham Lim Abdullah 13,136 undi. Calon Bebas, Datuk Kamalia Ibrahim dapat 447 undi.


Dalam PRU-13 lalu, Parlimen Sungai Besar mempunyai 42,837 pengundi, manakala Kuala Kangsar 33,540. Sungai Besar dan Kuala Kangsar juga mempunyai komposisi pengundi ikut kaum yang hampir sama.

Kategori:

MENARIK

BERKAITAN

TERKINI

[Video] Serangan di Tak Bai: PDRM atur aset tingkat kawalan sempadan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah anggota dan aset Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk mempertingkat kawalan sempadan susulan kejadian tembakan dan letupan bom berlaku di...

[Video] Suspek tembak lelaki di Sungai Petani ditahan

Polis menahan suspek dipercayai menembak mati seorang lelaki di depan ahli keluarganya di Sungai Petani, Kedah, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, GS Suresh Kumar,...

[Video] Bekas Menteri Sabah, Peter Anthony kena jel 3 tahun, denda RM50,000

Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony didapati bersalah atas pertuduhan memalsukan surat daripada pejabat timbalan naib canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung kontrak...

[Video] Lelaki maut ditembak dikehendaki kes dadah, SOSMA

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut ditembak pada jarak dekat dalam kejadian di persimpangan trafik, Taman Intan, Sungai Petani, Kedah. Kejadian berlaku pada jam 12.30 tengahari...

Kertas siasatan kes Nazlan diserah kepada Jabatan Peguam Negara

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan kes Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei...

[Video] Kanak-kanak 7 tahun hilang disambar ‘sang bedal’

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai disambar buaya ketika sedang mengambil air di tebing sungai dalam kejadian di Kampung Nyabut, Telaga Air, Kuching, hari...

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...