MURID MELECUR DISAMBAR API DI STESEN MINYAK AKIBAT BERMAIN PEMETIK API - pakdin.my

murid melecurdisambar api di stesyen minyak

KOTA BARU: Seorang murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Pas, Kuala Krai melecur 20 peratus di bahagian muka, badan dan kaki selepas disambar api ketika menemani ibunya mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Guchil, Kuala Krai, pada Khamis.

Saifuddin Ismail Din, 7, dikatakan bermain pemetik api di dalam kereta Proton Wira ketika ibunya, Zakiah Mohd Det, 31, sedang mengisi petrol pada 9 pagi.

Bagaimanapun, selepas hampir dua minit, tiba-tiba menyambar kereta berkenaan dengan mangsa berada di dalamnya.

Saifuddin yang menjerit kesakitan bagaimanapun berjaya dibawa keluar daripada dalam kereta oleh ibunya dan api berjaya dipadamkan oleh pekerja stesen minyak berkenaan.

Bapa murid berkenaan, Ismail Din Awang Nor, 36, ketika ditemui pemberita di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, berkata, beliau hanya mengetahui kejadian itu selepas dihubungi isterinya.

Ismail Din berkata, anaknya itu pada awalnya dikejarkan ke Hospital Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan sebelum dipindahkan ke HRPZII untuk rawatan lanjut.

Ismail Din berkata, dia tidak mengetahui dari mana anaknya memperoleh pemetik api kerana beliau bukan seorang perokok.

“Menurut isteri, dia ada menemui pemetik api di dalam kereta tetapi sudah menyimpannya di tempat selamat.

“Saya bersyukur semuanya selamat walaupun anak saya mengalami kecederaan akibat melecur di beberapa bahagian badan termasuk di muka,” katanya.

Katanya, Saifuddin kini dirawat di Unit Kelecuran HRPZII dan tidak dapat bercakap banyak kerana masih trauma dengan kejadian itu.

UTAMAMURID MELECUR DISAMBAR API DI STESEN MINYAK AKIBAT BERMAIN PEMETIK API

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium