Guna Telefon Bimbit, Wanita Melecur Disambar Api Semasa Isi Minyak Kereta - pakdin.my

wanita sambar api guna telefon bimbit isi minyak

Seorang wanita melecur di bahagian badannya apabila telefon bimbit yang sedang digunanya disambar api di sebuah stesen minyak di sini, Selasa.

Kejadian itu berlaku di stesen minyak di Setapak Indah di sini ketika mangsa berusia 25 tahun itu sedang mengisi minyak keretanya sambil menggunakan telefon bimbit.

“Akibatnya, berlaku percikan api daripada pam berkenaan hingga menyambar telefon bimbitnya,” kata Pegawai Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Samsol Maarif Saibani dalam kenyataan di sini.

Pihak bomba, yang menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 1.25 tengah hari tadi, segera menghantar lima anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju ke lokasi kejadian.

Beliau berkata wanita itu melecur kira-kterbakar-telefon-bimbit-meletup-ketika-isi-minyak-2ira 60 peratus pada bahagian badannya dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.

terbakar-telefon-bimbit-meletup-ketika-isi-minyak-1

UTAMABERITAGuna Telefon Bimbit, Wanita Melecur Disambar Api Semasa Isi Minyak Kereta

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium