UtamaNASIONALSerangan IS Di Puchong...

Serangan IS Di Puchong Hanyalah Permulaan – Pakar - pakdin.my

Di tengah-tengah rentetan kejadian pengeboman berani mati di banyak negara, seorang pakar keganasan telah memberi amaran bahawa serangan Negara Islam (IS) itu hanyalah permulaan untuk Asia Tenggara.

Serangan bom di sebuah pub di Selangor adalah satu tanda amaran, kata Pengarah di Institut Analisis Dasar bagi Konflik yang berpangkalan di Jakarta, Sidney Jones.

“Ketika IS berada di bawah tekanan yang lebih di Timur Tengah, ia mahu melihat lebih banyak serangan dilancarkan di tempat lain,” kata Jones kepada The Jakarta Post.

IS juga telah menghantar mesej kepada polis Malaysia, memberi amaran bahawa ‘serangan habis-habisan’ akan dilakukan.

Menerusi satu video, Mohd Rafi Udin yang merupakan bekas pemandu teksi dari Negeri Sembilan telah menggesa penyokong IS di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina supaya bersatu di bawah kepimpinan Abu Abdullah di Filipina.

“Kepada mereka yang berada di Bukit Aman, ketahuilah anda tidak akan aman lagi. Kami akan menyerang kalian,” kata Rafi berbahasa Melayu.

Video berdurasi dua setengah minit itu turut memaparkan sejumlah senjata dan rekrut IS dalam latihan di satu lokasi yang tidak didedahkan.

Dalam video itu, Rafi kelihatan duduk berlatar belakang laut bagi menyampaikan mesej kepada para penyokong di Nusantara, meminta mereka menunjukkan kesetiaan kepada pemimpin IS, Abu Bakar al-Baghdad dan melakukan serangan terhadap musuh-musuhnya.

Antara lain, Mohd Rafi juga menggesa ‘rakan-rakan di Malaysia’ untuk mula melakukan serangan tidak lama lagi.

Polis Malaysia di seluruh negara berada dalam keadaan sentiasa berjaga-jaga berikutan ancaman keganasan yang dibuat terhadap mereka.

Di mana-mana sahaja, aspek keselamatan telah dipertingkatkan termasuk di Bukit Aman, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

“Selain video yang dikeluarkan oleh IS, kami juga mendapat ancaman daripada mereka dengan cara yang lain. Kita tidak mengambil ini sebagai sesuatu yang ringan,” katanya.

Noor Rashid berkata demikian sebagai mengulas propaganda video IS di mana Mohd Rafi, bersama seorang warga Indonesia dan Filipina, dilihat memenggal kepala seorang tahanan.

Beliau berkata polis telah memantau pergerakan Mohd Rafi selama bertahun-tahun sejak dia menyertai kumpulan radikal Kumpulan Militan Malaysia pada tahun 1998.

“Dia ditahan selama beberapa tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri sehingga tahun 2006. Selepas dibebaskan, dia bekerja sebagai pemandu teksi di Cheras,” katanya, sambil menambah dia telah berkahwin dan mempunyai lima anak.

Dia berlepas ke Syria pada tahun 2014 dan menyertai IS, dengan menggunakan nama Abu ‘Awn al-Malizi.

Ditanya mengenai pembekuan cuti anggota polis di negara ini, Noor Rashid berkata, ini adalah langkah biasa semasa musim cuti.

“Hanya pembekuan 90 peratus untuk Hari Raya, bukan pembekuan 100 peratus dan bukan kerana ancaman,” katanya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Islam, berkata: “Kita perlu membantu polis, bukan melemahkan mereka,” sambil menambah keganasan tidak mempunyai tempat di dalam Islam.

Sementara itu, bahagian memerangi keganasan Cawangan Khas Bukit Aman mengakui bahawa adalah sesuatu yang mengejutkan melihat Mohd Rafi memenggal kepala tawanan dalam video.

“Ada kemungkinan dia telah dipengaruh ke titik di mana dia boleh memenggal kepala seseorang bagi mendapatkan kredibiliti supaya dia boleh dipilih sebagai ketua kontinjen Malaysia di Syria,” kata Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay, yang mengetuai bahagian ini.

Bercakap kepada South China Morning Post, beliau berkata: “Bagi Rafi menyembelih seseorang dengan cara ini menunjukkan bagaimana dia telah berubah secara drastik dalam masa yang singkat. Kesan daripada video ini sangat besar.

“Ini mungkin boleh menggalakkan mereka yang bersimpati dengan IS di Malaysia untuk melakukannya,” kata Ayub Khan.

Beliau juga mengingatkan bahawa sasaran serangan yang berpotensi adalah kawasan tumpuan pada waktu malam, polis, bangunan kerajaan dan aset strategik.

serangan is movida

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Pemberontak BRN mengakui bertanggungjawab pengeboman di Selatan Thailand

Kumpulan pemberontak Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) mengumumkan di laman Facebooknya bahawa mereka bertanggung jawab dalam siri letupan bom minggu ini di wilayah...

Di Mahkamah Persekutuan Hari ini 18 Ogos 2022

Ketua pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Hisyam Teh memohon menarik diri. Tengku Maimun berkata, mahkamah tidak ada sebarang alasan untuk menyemak keputusan sebelum...

Renjer maut, 9 cedera letupan berkembar di Sungai Padi, Narathiwat

Seorang renjer tentera terbunuh, manakala tujuh anggota polis dan dua orang awam cedera dalam letupan bom di sebuah kebun getah dalam daerah Sungai Padi,...

Kerajaan lambat, penternak tanggung akibat apabila sekatan ditarik, kata pembekal ayam

Ayam memerlukan perancangan 40 hari bukannya serta-merta. Ketiadaan jawapan daripada kerajaan menyebabkan penternak kerugian kerana tidak dapat merancang untuk memenuhi permintaan baharu dari...

[VIDEO] Murid Tahun Enam Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Maut Dipanah Petir

GUA MUANG: Polis mengesahkan kematian kanak-kanak 12 tahun yang maut ketika menggunakan telefon bimbit, di sini, semalam 15 Ogos 2022 adalah akibat renjatan elektrik...

[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari

BATU PAHAT – Wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi pada 10 Ogos lalu ditemui...

[VIDEO] Bekas pengarah urusan BNS didakwa pecah amanah RM21.08 juta

Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd  (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas...

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS)...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...