Van Terbakar Bukan Kerana Letupan - pakdin.my

van terbakar jalan bonus kuala lumpur

Polis menafikan sebuah van yang terbakar di Jalan Bunus 6, di sini, semalam berpunca akibat diletupkan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata kenderaan itu terbakar disebabkan sistem dalaman van berkenaan.

“Saya menegaskan kejadian itu adalah berpunca daripada sistem dalaman van berkenaan dan bukan akibat diletupkan seperti yang diviralkan di laman sosial.

“Polis memandang serius berita yang disebarkan tanpa mengetahui punca sebenar kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, van yang digunakan untuk membawa penumpang itu musnah terbakar secara tiba-tiba ketika pemandu sedang memandu van terbabit dari Kedah menghala ke ibu negara.

“Kejadian disedari pemandu terbabit apabila mendapati bahagian enjin van itu berasap dan seterusnya menghentikan kenderaan itu di bahu jalan,” katanya.

Amar Singh berkata, api secara tiba-tiba menyala dan merebak ke seluruh bahagian kenderaan itu dengan pantas sehingga memusnahkan van berkenaan.

Beliau berkata, pemandu van berkenaan sudah membuat laporan di Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee berhubung kejadian itu.

UTAMABERITAVan Terbakar Bukan Kerana Letupan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium