UNISEL Dicemari Unsur Politik (Video) - pakdin.my

Universiti Selangor, UNISEL, dicemari unsur politik kerajaan negeri pakatan pembangkang.

Dan tindakan Naib Canselornya, Datuk Dr. Rosti Saruwono meletakkan jawatan berkuatkuasa hari ini, disifatkan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar, sebagai tindakan tepat dan berani.

DATUK SERI NOH OMAR / TIMBALAN PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO SELANGOR
“Pertama sekali UMNO Selangor ucap setinggi tahniah di atas keberanian VC UNISEL yang sanggup letak jawatan demi untuk tegak kebenaran. Ini salah satu contoh yg menunjukkan bahawa kerajaan negeri Selangor, mereka mentadbir negeri, mengurus semua mereka tidak ikut peraturan yg sedia ada.

Kes itu katanya, jelas menunjukkan kerajaan Selangor ditadbir pembangkang tidak memandang berat isu pendidikan.

Sebaliknya hanya mementingkan soal politik sempit mereka semata-mata.

Datuk Dr. Rosti semalam dalam kenyataannya juga menyebut, perletakan jawatannya juga
disebabkan tekanan politik dalaman dan pentadbiran kerajaan negeri.

Menurut sumber, beliau telah diarah kepimpinan UNISEL melucutkan jawatan tiga pegawai.

UTAMAPOLITIKUNISEL Dicemari Unsur Politik (Video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium