7 negeri sokong Shahrizat pertahan jawatan - pakdin.my

shahrizat-abdul-jalil

Tujuh negeri menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk kekal sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO dalam pemilihan parti itu Oktober ini.

Tujuh negeri tersebut adalah Selangor, Melaka, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Johor dan Perak manakala enam lagi negeri dijangka mengambil pendirian serupa dalam masa terdekat memandangkan kesemua 13 Ketua Wanita UMNO negeri telah menyatakan sokongan terbuka kepada Shahrizat.

Shahrizat berkata, beliau telah turun padang berjumpa perwakilan di tujuh negeri setakat ini dan kesemuanya mahu beliau terus menerajui pergerakan itu.

“Saya amat menghargai sokongan ikhlas yang diberikan oleh kepimpinan Wanita UMNO sama ada di peringkat exco mahu pun di peringkat akar umbi kerana saya sudah 34 tahun menjadi ahli Wanita dan saya amat memahami naluri dan cita rasa wanita.

“Di mana sahaja saya berada, saya tidak akan tinggalkan perjuangan Wanita UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai paksi perjuangan wanita Malaysia keseluruhannya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam Majlis Rumah Terbuka Wanita UMNO Perak di Bangunan UMNO negeri di sini hari ini.

Kata Shahrizat, sekiranya diberi peluang menerajui pergerakan itu lagi, beliau akan memberi fokus meningkatkan penglibatan wanita dalam politik khususnya di peringkat membuat keputusan di dalam negara.

Setakat ini, hanya bekas Ketua Puteri UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said mengesahkan akan mencabar Shahrizat bagi jawatan Ketua Wanita UMNO yang disandangnya sejak 2009.

Namun bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz yang ditewaskan oleh Shahrizat pada 2009, menjangkakan lebih ramai akan menawarkan diri bertanding jawatan tersebut.

UTAMAPOLITIK7 negeri sokong Shahrizat pertahan jawatan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium