24.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 20, 2021

7 Suspek Ditahan 48 Jam Selepas Mayat Ditemui di Batu 30 Ulu Yam

Polis menahan tujuh lelaki termasuk seorang bapa dan anaknya bagi membantu siasatan kes pembunuhan sepasang suami isteri di sebuah dusun durian berhampiran kebun getah di Batu 30, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, Hulu Yam, Selangor pada 28 September lepas.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A Thaiveegan berkata kesemua suspek warganegara tempatan itu berusia antara 16 dan 44 tahun ditahan di beberapa lokasi pada 30 September dan 3 Oktober lepas.

“Tangkapan pertama membabitkan lima lelaki warga tempatan di mana tiga daripada suspek didapati mempunyai rekod kesalahan lampau serta dua lagi masih berstatus Ordinan Pencegahan Jenayah (PCO) di kawasan Ulu Yam.

“Dua lagi suspek ditahan pada Isnin lepas dan kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah namun seorang daripadanya positif dadah jenis syabu,” katanya pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, Khamis.

Beliau berkata semalam, polis turut menjumpai dua bilah parang yang dipercayai digunakan suspek untuk membunuh mangsa di dalam Sungai Selangor Rasa, Batang Kali, kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

Thaiveegan berkata kejadian bunuh itu dipercayai bermotif dendam dan perselisihan faham.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi pada 28 Sept lepas, mayat L.Ramasandram, 57, dan isterinya A.Bakiam, 51, ditemui dalam keadaan terlentang di atas jalan tanah merah berhampiran dusun durian.

Ramasandram cedera teruk di kepala dengan kelima-lima jari tangan kanannya putus manakala Bakiam hampir putus pergelangan tangan selain turut ditetak di kepala.

Pasangan terbabit dikatakan keluar rumah seawal 5 pagi untuk menoreh getah di kebun terbabit yang terletak dua kilometer dari rumah mereka.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.