Statistik Corona

Malaysia
2,448,372
Confirmed
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
Malaysia
2,347,985
Recovered
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
Malaysia
71,713
Active
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
Malaysia
28,674
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,241,809
Confirmed
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
Indonesia
4,085,775
Recovered
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
Indonesia
143,299
Deaths
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am

Thailand

Thailand
1,875,315
Confirmed
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
Thailand
1,758,297
Recovered
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
Thailand
18,922
Deaths
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am

Global

All countries
245,749,124
Confirmed
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
All countries
221,024,534
Recovered
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
All countries
4,987,253
Deaths
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am

70 Anggota PAS Di Kuala Kemayan Kelantan Keluar Parti Sertai Umno

BACHOK, 5 Nov  — Seramai 70 anggota Pas yang terdiri daripada nelayan tradisional pantai Kuala Kemayan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tawang, di sini, mengisytihar keluar parti Pas berikutan kecewa terhadap sikap kepimpinan mereka gagal membela nasib mereka yang dibelenggu kemiskinan.

Ketua kumpulan itu yang juga bekas penyokong tegar Pas, Azlan Mamat, 39, menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

“Kami akan berusaha menarik lebih ramai lagi anggota Pas dari kalangan nelayan yang tinggal di Kampung Kemayan, Pantai Senok dan Kuala Kemasin supaya turut berhijrah bersama kami,” katanya pada majlis pemimpin bersama rakyat di Kuala Kemasin di sini, hari ini.

Beliau berkata tiada sebarang bantuan disalurkan kepada nelayan di kawasan itu oleh kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas sepanjang lebih 20 tahun ia memerintah Kelantan.

“Wakil rakyat Pas hanya turun padang menemui nelayan ketika mahu memancing undi ketika pilihan raya sahaja dan selepas itu dia tidak lagi menampakkan muka untuk beramah mesra dengan golongan miskin seperti kami ini,” katanya.

Azlan berkata ini berbeza dengan kerajaan Persekutuan yang sentiasa menyalurkan bantuan termasuk pukat, sampan dan enjin bot kepada nelayan yang memerlukan serta elaun sara hidup bulanan nelayan sebanyak RM200 setiap bulan.

Sementara itu, Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata pihaknya sentiasa mengalu-alukan kesedaran rakyat terutama di kalangan anggota serta penyokong Pas untuk menyertai UMNO.

“Gelombang penyokong Pas menyertai UMNO semakin kuat di daerah ini dan sebelum ini sebilangan besar penyokong Pas dari Kampung Jembal, Kubang Telaga, Mak Makyong dan Kampung Kolam bertindak keluar daripada parti itu,” katanya yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelanan.

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021