Kristianisasi Dalam BERSIH 5? - pakdin.my

20160928-bersih-kristianisasi

Sejak kali pertama penganjuran siri demo BERSIH diadakan, tidak pernah walau sekalipun perhimpunan ini tidak mengundang kontroversi. Ada sahaja tindakan mereka yang akan menimbulkan perasaan kurang senang dikalangan Rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama.

Saban tahun, penganjur BERSIH boleh dikatakan gagal mengawal tindak tanduk peserta. Malah tanpa menunjukkan sedikitpun riak kesal atas apa yang mereka lakukan, demo ini seolah-olah sudah menjadi acara tahunan buat NGO BERSIH 2.0 dan pihak pembangkang itu sendiri.

Dalam perhimpunan BERSIH 5 kali ini, dikhabarkan pihak penganjur telah merangka pelbagai program untuk disertai oleh semua peserta. Antaranya adalah program melibatkan pencahayaan (illumination) seperti Bersih Torch dan Candle Virgil.

Bercakao tentang Candle Virgil, bukankah amalan ini biasa dilakukan oleh pengikut agama Kristian? Benar, ada diantara yang bakal hadir terdiri daripada bukan Islam. Namun, sebagai tanda solidariti mereka, bukan satu perkara yang pelik andai ada dikalangan umat Islam sendiri akan terikut dengan dengan acara yang bertentangan dengan Islam ini.

Sebagai umat Islam, kita ditegah untuk melakukan perkara yang boleh memesongkan aqidah. Ini termasuk mengikut amalan agama lain yang memungkinkan pemesongan aqidah berlaku. Namun bagi penganjur, mereka menggunakan alasan solidariti untuk membenarkan acara ini dilangsungkan serta diikuti oleh penganut agama Islam yang menyertai perhimpunan ini.

Bukan setakat itu sahaja yang dipertikaikan, malah terdapat beberapa acara lain yang secara tidak sedar telah mencambah biakkan agenda meragukan di kalangan pengikut demo BERSIH 5 ini.

Oleh yang demikian, tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa, BERSIH 5 ini adalah salah satu cara pihak penganjur, samada secara sedar ataupun tidak, mencambah biakkan agenda kristianisasi di kalangan umat Islam.

Bagi para peserta, apa sahaja yang dirangka oleh pihak penganjur adalah hanya untuk menjatuhkan kerajaan dan kedudukan Perdana Menteri. Namun bagi pihak penganjur, selain daripada mengaburi para peserta tentang demo berunsur politik, pertembungan antara agama juga dilihat sebagai salah satu agenda terbesar mereka menerusi penganjuran demo seumpama ini.

UTAMAPOLITIKKristianisasi Dalam BERSIH 5?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium