Empat projek utama pengangkutan awam KL dimulakan Mahathir bankrap - pakdin.my

Terdapat empat projek pengangkutan awam utama Kuala Lumpur yang dimulakan oleh Mahathir telah bankrap

Projek tersebut adalah:

1. KL Monorail
– Projek Monorel diswastakan telah diluluskan pada mesyuarat kabinet Jun 1989. Kos pada masa itu dianggarkan RM 143 juta. Apabila akhirnya siap dan dibuka pada tahun 2003, kos menjadi RM1.18 bilion.
– Jatuh bankrap.
– Diselamatkan dan diambil alih oleh Prasarana milik Kerajaan pada tahun 2007 dengan nilai RM882 juta.

2. Putra LRT
– Diswastakan dan mula beroperasi pada tahun 1998.
– Jatuh bankrap.
– Diselamatkan dan diambil alih oleh Prasarana milik Kerajaan pada tahun 2002 dengan nilai RM5.3 bilion.

3. STAR LRT
– Diswastakan dan mula beroperasi pada tahun 1996.
– Jatuh bankrap.
– Diselamatkan dan diambil alih oleh Prasarana milik Kerajaan pada tahun 2002 dengan nilai RM3.3 bilion.

4. Perkhidmatan Bas Intrakota.
– Perkhidmatan-perkhidmatan bas diswastakan mula beroperasi pada tahun 1998.
– Jatuh bankrap.
– Diselamatkan dan diambil alih oleh Prasarana milik Kerajaan pada tahun 2003 dengan nilai RM177 juta.

Keempat-empat projek pengangkutan awam utama Kuala Lumpur yang dimulakan oleh Mahathir akhirnya menjadi muflis.

Kerajaan DAP Pulau Pinang masih mahu membelanjakan RM46 bilion (kira-kira RM19 bilion adalah oinjaman) bagi membina LRT dan monorel untuk 700,000 rakyat mereka di Pulau Pinang (1.7 juta keseluruhan bagi negeri itu)?

Membina ia adalah satu perkara, tetapi kos operasi dan tahunan akan menjadi besar – terutamanya apabila bermula dengan saiz penduduk adalah kecil.

Mereka yang membayar akhirnya bukan DAP kerana mereka mungkin akan ditendang keluar. Generasi rakyat Pulau Pinang seterusnya akan terkangkang dengan hutang.

20160930-oengangkutan-awam-kl

UTAMAPOLITIKEmpat projek utama pengangkutan awam KL dimulakan Mahathir bankrap

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium