UtamaNASIONALPelajar dicabul kenalan WhatsApp

Pelajar dicabul kenalan WhatsApp - pakdin.my

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan manakala rakannya sedang diburu kerana disyaki terbabit mencabul pelajar perempuan tingkatan tiga yang baru dikenalinya melalui WhatsApp, di Gelang Patah, dekat Iskandar Puteri, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, dalam tangkapan 3.15 petang itu, telefon bimbit milik suspek turut dirampas bagi membantu siasatan.

Katanya, kejadian itu terbongkar apabila bapa pelajar itu membuat laporan polis di sini, petang Ahad, selepas menyedari mangsa tiada di rumah sejak malam Sabtu.

Menurutnya, dalam kenyataan di sini semalam, dalam laporan itu, bapa mangsa turut memberitahu ada menerima maklumat mengenai anaknya dikurung di sebuah rumah.

Beliau berkata, maklumat itu diperoleh daripada rakan anaknya dan mangsa turut menghantar lokasi rumah berkenaan menerusi WhatsApp.

“Ketika berusaha mengesan lokasi mangsa dikurung, polis dimaklumkan mangsa berjaya diselamatkan kakaknya di tepi jalan di Taman Nusantara,” kata Noor Hashim.

Berdasarkan siasatan awal, mangsa yang berusia 15 tahun keluar dari rumah keluarganya di Kampung Ulu Pulai di sini, tanpa disedari anggota keluarganya, mengikut dua kenalan lelaki yang baru dikenali selama dua hari melalui WhatsApp.

“Ketika bertemu mereka (suspek), mangsa dibawa makan di sebuah restoran di Bukit Indah sebelum dibawa ke rumah suspek di Taman Nusantara, Gelang Patah dan di situlah, kedua-dua suspek meraba dan mencium mangsa secara bergilir-gilir,” kata Noor Hashim.

Menurut beliau, mangsa cuba melawan namun ditampar suspek dan mereka juga didakwa cuba melakukan seks dengan mangsa namun tidak berbuat demikian apabila mendapati pelajar itu datang bulan.

“Ketika kedua-dua suspek berada di ruang tamu, mangsa mengambil kesempatan menghubungi rakannya meminta bantuan dengan menghantar lokasi rumah itu.

“Mangsa kemudian merayu agar dia dihantar pulang sebelum ditinggalkan di tepi jalan dan diselamatkan kakaknya,” katanya.

Noor Hashim berkata kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan menasihatkan ibu bapa memantau pergerakan anak-anak di media sosial.

cabul-angkara-whatsapp

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Murid Tahun Enam Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Maut Dipanah Petir

GUA MUANG: Polis mengesahkan kematian kanak-kanak 12 tahun yang maut ketika menggunakan telefon bimbit, di sini, semalam 15 Ogos 2022 adalah akibat renjatan elektrik...

[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari

BATU PAHAT – Wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi pada 10 Ogos lalu ditemui...

[VIDEO] Bekas pengarah urusan BNS didakwa pecah amanah RM21.08 juta

Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd  (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas...

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS)...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari...

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...