UtamaPOLITIKMasalah Pencemaran Air Adalah...

Masalah Pencemaran Air Adalah Salah Kerajaan Negeri Selangor Sendiri - pakdin.my

Pencemaran air yang berlaku di Sungai Semenyih sehingga menyebabkan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih terpaksa ditutup dan menjejaskan hampir sejuta penduduk, sebenarnya adalah salah kerajaan negeri yang gagal menguruskan kilang-kilang di negeri ini.

Bayangkan, di sepanjang jajaran Sungai Semenyih, ada beratus kilang beroperasi di situ dengan sebahagiannya adalah dari industri berasaskan cecair seperti minyak atau bahan kimia. Itu belum lagi kilang-kilang yang beroperasi secara haram di kawasan berkenaan.

Sepatutnya, kerajaan negeri yang menguruskan hal-hal perlesenan operasi kilang perlu menjalankan pemantauan agar kilang terbabit mematuhi peraturan sedia ada, bukan sewenang-wenangnya membuang bahan tercemar ke dalam sungai, hingga mengakibatkan rakyat di Selangor menderita akibat ketiadaan air.

Jika sekali dua berlaku mungkin penduduk dapat menutup mata namun apa yang dikesalkan sudah empat kali pencemaran itu berlaku.

Disebabkan keadaan berkenaan juga, berlaku tuding menuding antara satu sama lain dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali menyalahkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) disebabkan pencemaran tersebut.

Beliau turut memberi amaran kepada JAS agar bertindak profesional dalam siasatan berhubung kes pencemaran di Sungai Semenyih itu.

Azmin turut dilaporkan berasa kesal dengan kelewatan agensi itu turun ke lokasi untuk mendapatkan sampel air yang dikesan mengandungi pencemaran bau walaupun dimaklumkan sejak tengah malam Selasa lepas.

Namun beliau terlupa, pemantauan kilang terbabit adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) bawah kerajaan Selangor.

“Ia bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar atau Jabatan Alam Sekitar (JAS),” demikian kata Menteri Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bagi menyanggah tuduhan Azmin itu.

Soalnya ketika ini ialah siapa yang sepatutnya bertanggungjawab untuk memastikan keadaan ini tidak berlaku lagi? Sudah tentulah kerajaan negeri. Krisis air bukan perkara baru, jadi seharusnya pemantauan dijalankan.

Azmin juga sebagai Menteri Besar patut kerap turun padang dan melihat sendiri kesengsaraan yang dialami oleh penduduk.

Esok adalah hari minggu dan keadaan tentu akan menjadi kelam kabut. Siapa yang akan dipertanggungjawabkan dalam isu ini? Siapa yang mahu membayar kerugian yang dialami oleh peniaga terutama pemilik restoran dan pencuci kereta disebabkan masalah air ini?

20160928-air-selangor-susah-rakyat

 

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari...

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...