Timbalan Pengarah Jabatan Veterinar Dibunuh – Dua Suspek Ditahan - pakdin.my


——–

Allahyarham Dr Rohani Kasim

Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak, Dr Rohani Kassim, 38 tahun ditemui mati dipercayai dibunuh di kediamannya di Tambun, awal pagi tadi.

Mayat Allahyarham ditemui pengawal keselamatan pangsapuri ini di dalam rumah kira-kira jam 4:30 pagi tadi.

Siasatan awal polis mendapati tiada barang berharga milik mangsa dilaporkan hilang.

Dr Rohani yang masih bujang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak sejak Jun lalu.

Selepas dibedah siasat, jenazah Allahyarham dituntut keluarga kira-kira dua petang tadi dan dibawa ke kampung kelahirannya di Bagan Serai untuk dikebumikan selepas Asar.

Redha dengan ketentuan illahi, ibu mangsa, Saripah Razali, 72 tahun berkata, kali terakhir mereka bertemu ketika berbuka puasa di Kampung Haji Ali, Bagan Serai, Isnin lalu.

SARIPAH RAZALI / IBU MANGSA
Tak ada apa satu saja perasaan makcik tanya raya ni balik ke? Awat mak tak bagi balik puasa ni?

——–

————

Dua Suspek Ditahan

Kira-kira satu jam selepas mayat Dr Rohani ditemui, polis menahan dua suspek lelaki berusia 26 tahun di Tambun tidak jauh dari pangsapuri yang didiami mangsa bagi membantu siasatan kes pembunuhan itu.

DATUK DZURAIDI IBRAHIM / KETUA JABATAN SIASATAN JENAYAH PERAK
Samun ke apa ke itu kita sedang all out untuk dapat maklumat itu.

Menurut Datuk Dzuraidi, mayat mangsa dijumpai dalam gulung tilam di Pangsapuri Permai Lake View, Tambun.

Polis menjalankan siasatan rapi berhubung kes pembunuhan ini mengikut Seksen 302 Kanun Keseksaan.

UTAMABERITATimbalan Pengarah Jabatan Veterinar Dibunuh - Dua Suspek Ditahan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium