Utama NASIONAL Bekas gitaris Kristal maut kemalangan

Bekas gitaris Kristal maut kemalangan

JELEBU – Bekas pemain gitar kumpulan Kristal, maut selepas motosikalnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 30, Jalan Kuala Klawang-Genting Peres di sini pagi tadi.

Mangsa, Hairyfitri Ahmad, 33, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Ampang, Kuala Lumpur.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Othman Basri berkata, kemalangan berlaku kira-kira pukul 11.35 pagi apabila motosikal mangsa terbabas semasa melalui selekoh di lokasi kejadian.

“Ekoran itu motosikalnya memasuki lorong bertentangan lalu terlanggar sebuah kereta Perodua Viva menyebabkan mangsa tercampak di atas jalan raya,” katanya di sini.

Menurut Othman, mangsa yang merupakan kakitangan di sebuah Pusat GiatMara dikatakan dalam perjalanan untuk bersarapan di sini bersama beberapa rakannya.

Exit mobile version