Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

Buka puasa di gereja cubaan murtadkan umat Islam – PAS Selangor Minta Penjelasan Hasan Ali - pakdin.my

Buka puasa di gereja cubaan murtadkan umat Islam – PAS Selangor Minta Penjelasan Hasan Ali - pakdin.my

Nota: Kenyataan ini tidak disiarkan di HARAKAH kerana PAS masih gelabah hendak menyebelahi Perlembagaan Persekutuan yang menghalang agama lain disebarkan kepada penganut Islam di negara ini atau menjaga hati pengundi bukan Islam.

SHAH ALAM: PAS Selangor akan memanggil Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Datuk Dr Hasan Mohamed Ali untuk memberi penjelasan lanjut berhubung tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya, Rabu lalu.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Khalid Samad berkata Hasan Ali akan dipanggil untuk memberi penjelasan kepada dewan harian negeri yang akan bermesyuarat dalam tempoh terdekat berhubung isu berkenaan.

“PAS Selangor sentiasa berpegang teguh kepada prinsip bahawa rumah-rumah ibadat masyarakat pelbagai agama perlu dihormati.

“Masuk tanpa apa-apa kebenaran atau waran adalah satu tindakan yang perlu dielakkan lebih-lebih lagi rumah ibadat. Isu ini sensitif dan mungkin berlaku salah faham antara kaum dan agama.

“Bukan perkara yang wajar untuk buat kesimpulan bahawa ada usaha untuk murtad dan sebarkan agama Kristian. Maka JAIS perlu beri penjelasan dan serah laporan kenapa,bagaimana perkara itu berlaku,” katanya kepada pemberita pada sidang media di pejabatnya pada Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Hasan Ali mempertahankan tindakan penguat kuasa JAIS menyerbu Gereja Methodist di Damansara Utama Rabu lalu.

Hasan dilaporkan berkata pemeriksaan itu dilakukan selepas JAIS memperoleh bukti wujudnya percubaan memurtadkan umat Islam di negeri ini pada majlis berkenaan.

Menurut beliau berdasarkan maklumat yang diterima mengatakan terdapat kehadiran orang Islam pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan.

Mengulas lanjut isu berkenaan, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata setakat ini, hanya Hasan Ali yang mengaitkan program anjuran sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di gereja itu dengan tujuan mahu memurtadkan umat Islam.

BACA juga  'Tidak akan ada kebebasan akhbar mutlak jika pun kerajaan berubah'

“JAIS sebelum ini memberi alasan terdapat bukti penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam. Setakat ini , ‘kecuali satu’ tiada mana-mana pihak yang mengaitkan persoalan pengembangan agama bukan Islam terhadap penganut Islam.

“Saya baru balik dari Gaza. Di Gaza Israel ceroboh masjid ikut suka, kita bantah. Kita ada perasaan begitu. Saya rasa orang agama lain pun ada perasaan, pandangan sama. Pada pandangan PAS, tempat ibadat perlu dihormati,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman pula menyifatkan tindakan JAIS itu sebagai tidak beretika dan kurang sopan.

“Pengalaman dulu JAIS pernah masuk surau dan masjid secara kurang beretika. Tetapi itu zaman dulu, tetapi terbawa hingga sekarang mungkin,” katanya.

Rabu lalu, penguat kuasa JAIS menyerbu gereja terbabit selepas mendapat maklumat bahawa terdapat orang Islam turut menghadiri majlis di gereja berkenaan.

Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 9 malam, kelihatan seseorang sedang mengadakan pengucapan awam yang ucapannya ada diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Berita berkaitan:

Saya rela dipecat – Dr Hasan Mohd Ali
Serbuan Gereja – Pergerakan ‘Bawah Tanah’ Sudah Berkembang Di Seluruh Negara
Serbu Gereja – JAIS Ada Bukti.
Serbu Gereja: JAIS Pertahan Tindakan, Siasatan 12 Individu Islam Diteruskan
Buka puasa di gereja cubaan murtadkan umat Islam – Khalid arah EXCO tutup mulut
Buka puasa di gereja cubaan murtadkan umat Islam – PAS Selangor Minta Penjelasan Hasan Ali
Buka puasa di gereja cubaan murtadkan umat Islam – Khalid pula arahkan JAIS kemuka laporan
Buka puasa di gereja cubaan murtadkan umat Islam – JAIS buat serbuan

BACA juga  AirAsia #QZ8501: Tiga Syarikat Kumpulan AirAsia Dalam Kategori Penerbangan Paling Bahaya - AirlineRatings.com

Berkaitan

Berkaitan

MESTI BACA

[VIDEO] Teman lelaki bunuh, bakar kekasih hamil

Suspek didakwa telah memukul, menikam dan menoreh perut mangsa sebelum membakar mayat kekasihnya pada malam kejadian dan kembali ke tempat kejadian keesokan hari membawa tong berisi petrol untuk membakar mayat itu sekali lagi. BACA seterusnya di https://pakdin.my/165235

Pembunuh Canny Ong Telah Jalani Hukuman Digantung

Bekas pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris dihukum gantung sampai mati pada Jumaat berikutan sabitan bersalah oleh Mahkamah Tinggi kerana merogol dan membunuh...

[VIDEO] Ibu mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap anak lelaki

Tertuduh yang berusia 33 tahun didakwa sebagai seorang wanita yang mempunyai hubungan amanah iaitu ibu kandung telah melakukan perbuatan tersebut ke atas dua anaknya di kediaman mereka di sebuah pangsapuri di Puncak Alam pada 8 malam. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164496

Hujan membasahi Kaabah selepas subuh

Jemaah Malaysia yang menetap di Hotel Abraj Al-Janadriyah turut teruja dengan hujan tersebut apabila masing-masing mengambil video dan gambar dari lobi hotel serta tingkap bilik masing-masing. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165348

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara – Padang Rengas – Bukit Mertajam – Padang Besar

KTMB Perkenal Laluan Padang Rengas – Bukit Mertajam PADANG RENGAS – Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini memperkenalkan laluan baharu antara stesen...

Benarkah lelaki sukakan wanita berbadan ‘chubby’ ???

Siapa kata wanita berisi lebih sukar untuk mendapat teman lelaki untuk dijadikan pasangan hidup. Sebenarnya ramai wanita yang cantik dan kurus masih single berbanding dengan wanita yang berisi. Kenapa lelaki sukakan wanita yang berisi?

Cina DAP demonstrasi bantah Guru Melayu bertugas di SMJK(C) Pulau Sebang, Melaka

Dia juga mendakwa, SMJK Pulau Sebang merupakan sekolah Cina TETAPI TELAH DIJAJAH oleh Melayu memandangkan 60% daripada guru-guru di sekolah tersebut adalah guru-guru Melayu.a

[VIDEO] Reman lelaki bunuh, bakar teman wanita hamil disambung lima hari

suspek berusia 20 tahun yang merupakan bekas penuntut kolej, telah membawa mangsa menaiki kereta seterusnya bertengkar dengan wanita tersebut sebelum dipukul di kepala BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165326

TERKINI

[VIDEO] Ahmad Zahid minta MCMC pantau hantaran naratif kaum, agama melampau

Dalam soal pembangunan sebuah negara, budaya menghormati agama dan bangsa perlu diterapkan oleh semua pihak meskipun berbeza fahaman politik.- Ahmad Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165438

Hujan membasahi Kaabah selepas subuh

Jemaah Malaysia yang menetap di Hotel Abraj Al-Janadriyah turut teruja dengan hujan tersebut apabila masing-masing mengambil video dan gambar dari lobi hotel serta tingkap bilik masing-masing. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165348

Wanita maut dipercayai ditikam bekas tunang

Mangsa wanita berusia 22 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai ditemui terlentang di lantai dengan beberapa kesan tikaman BACA setrusnya di https://pakdin.my/165338

[VIDEO] Reman lelaki bunuh, bakar teman wanita hamil disambung lima hari

suspek berusia 20 tahun yang merupakan bekas penuntut kolej, telah membawa mangsa menaiki kereta seterusnya bertengkar dengan wanita tersebut sebelum dipukul di kepala BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165326

Pengurusan matawang ringgit

Dalam kata-kata pelabur dan penganalisa dulu, Malaysia destinasi pilihan pelaburan di rantau Asia. Malaysia was the preferred investment destination in Asia. Itu dulu lah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165311

Bekas MB Negeri Sembilan Mohd Isa kembali sertai UMNO

"Terima kasih terima saya jadi ahli UMNO, saya tidak pernah menentang parti. BACA setrusnya di https://pakdin.my/165303

[VIDEO] Perolehan daripada LIMA ‘23 pastikan keupayaan pertahanan pada tahap optimum – Mohamad Hasan

“Sepanjang lima hari acara berlangsung, rakan pertahanan saya bertukar pandangan tentang banyak perkara. Antaranya bagaimana kita boleh terus mengukuhkan kerjasama serantau BACA setrusnya di https://pakdin.my/165294

Shereen raih emas acara 400M pada kejohanan NCAA, Colorado

Beliau yang menggalas cabaran negara pada Sukan SEA Kemboja baru-baru ini juga nyata berada dalam kelas tersendiri apabila menepati ramalan memenangi pingat emas acara 400m selepas merekodkan 52.53s. BACA setrusnya di https://pakdin.my/165285