Serbu Gereja: JAIS Pertahan Tindakan, Siasatan 12 Individu Islam Diteruskan - pakdin.my

Jabatan Agama Islam Selangor

PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mempertahankan tindakannya melakukan serbuan pada majlis makan malam Gereja Methodist Damansara Utama Rabu lalu.

Pengarah JAIS, Marzuki Hussin berkata, pihaknya akan mengeluarkan laporan penuh mengenai serbuan tersebut selepas siasatan terhadap 12 orang Islam yang menghadiri majlis berkenaan selesai.

“Kita akan sediakan laporan nanti selepas siasatan selesai. Siasatan terhadap 12 orang berkenaan akan diteruskan,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Jumaat.

Selain itu Marzuki berharap isu serbuan berkenaan tidak dipolemikkan kerana ia dibuat demi menjaga kepentingan umat Islam.

“Kita harap perkara ini tidak dikontroversikan, tiada sebarang tangkapan sebaliknya hanya pemeriksaan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai gesaan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar JAIS mengemukakan laporan penuh kepada kerajaan negeri berhubung serbuan pihak berkuasa agama itu.

Abdul Khalid yang melahirkan kekesalannya berhubung insiden itu menyatakan kerajaan negeri memandang serius mengenai perkara itu dan mengulangi pendirian bahawa kerajaan negeri sentiasa terbuka kepada perbincangan dan dialog mengenai keharmonian dan toleransi di kalangan rakyat pelbagai agama selain menghargai usaha meningkatkan kefahaman di antara satu sama lain.

Rabu lalu, penguat kuasa JAIS menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama selepas mendapat maklumat bahawa terdapat orang Islam turut menghadiri majlis di gereja berkenaan.

Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 9 malam, kelihatan seseorang sedang berucap diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan cubaan memurtadkan umat Islam.

Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Sementara itu Menteri Besar Selangor mebgarahkan semua EXCO Kerajaan /negeri menutup mulut tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai serbuan ini.

Berita berkaitan:

Saya rela dipecat – Dr Hasan Mohd Ali
Serbuan Gereja – Pergerakan ‘Bawah Tanah’ Sudah Berkembang Di Seluruh Negara
Serbu Gereja – JAIS Ada Bukti.
Serbu Gereja: JAIS Pertahan Tindakan, Siasatan 12 Individu Islam Diteruskan
Buka puasa di gereja cubaan murtadkan umat Islam – Khalid arah EXCO tutup mulut
Buka puasa di gereja cubaan murtadkan umat Islam – PAS Selangor Minta Penjelasan Hasan Ali
Buka puasa di gereja cubaan murtadkan umat Islam – Khalid pula arahkan JAIS kemuka laporan
Buka puasa di gereja cubaan murtadkan umat Islam – JAIS buat serbuan




UTAMABERITASerbu Gereja: JAIS Pertahan Tindakan, Siasatan 12 Individu Islam Diteruskan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium