Viral: LHDN tidak keluar sebarang analisa Bajet 2017

PUTRAJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menafikan mengeluarkan sebarang analisa berhubung Bajet 2017 seperti yang menjadi viral di media sosial, baru-baru ini.

LHDN dalam satu kenyataan menyebut, pihaknya juga mengesahkan analisa berkenaan tidak dikeluarkan mana-mana pegawai LHDN dan ia adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab yang mahu mencetuskan kegusaran awam serta mencetuskan salah faham dalam kalangan rakyat.

“LHDN mempertimbangkan untuk melaporkan perkara ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan lanjut kerana menyebarkan maklumat palsu, yang boleh menjatuhkan imej dan kredibiliti LHDN,” katanya.

LHDN turut menasihatkan orang ramai supaya merujuk terus ke laman portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my, portal Kementerian Kewangan di www.treasury.gov.my dan agensi kerajaan berkaitan bagi mendapatkan data ekonomi yang lebih tepat serta sahih.

Exit mobile version