RUMAWIP (Rumah Wilayah Persekutuan) DBKL CAKAP TAK SERUPA BIKIN! - pakdin.my

Di dalam website RUMAWIP jelas memaklumkan KWP tidak melantik mana2 pihak bg tujuan pengutipan deposit pendahuluan dan sebagainya. Walau bagaimanapun kita sedia maklum bahawa hal ini dilakukan juga oleh Pemaju2 Perumahan dishopping mall sekitar KL.

Apa yg mengejutkan pihak Pemaju sendiri dibenarkan beroperasi di dalam Banggunan DBKL untuk penapis permohonan dan mengambil deposit bg pemohon2 RUMAWIP. Malah dengan pemaju memberi jaminan jika pemohon memberi deposit pada permohonan yg dihantar melalui mereka jaminan utk mendapatkan rumah hampir pasti.

Pihak pemaju yg beroperasi di dalam banggunan DBKL ini juga memberi jaminan bahawa jika kuota mereka telah penuh pemohon yg menghantar pemohonan melalui DBKL adalah sia2.

Jika kita lihat kebanyakan projek yg diumumkan akan siap diantara 3 – 6 tahun. Pemaju mengambil deposit Rm15,000.00 utk setiap permohonan. Sudah pasti beribu pemohonan untuk mendapatkan RUMAWIP ini. Suka atau tidak pemohon akan mambayar jumlah deposit yg diminta kerana jaminan yg diberikan oleh pemaju yg beroperasi di DBKL tersebut walaupun hakikatnya pemohon marah dengan tindakan tak serupa bikin DBKL dalam hal ini.

Apa akan jadi bg pemohon yg tidak mampu atau tidak mahu membayar deposit RUMAWIP berkenaan?

Jika perkara ini diketahui oleh Menteri Wilayah pasti ianya tidak akan berlaku.

Mohon siasatan dan tindakan lanjut.

20161028-rumawip-pemaju-deposit

UTAMARUMAWIP (Rumah Wilayah Persekutuan) DBKL CAKAP TAK SERUPA BIKIN!

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium