TUKANG MASAK DIPERINTAH BELA DIRI KES BUNUH NUR SYUHADA - pakdin.my

TAIPING: Seorang tukang masak diperintah membela diri dalam kes pembunuhan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) berhampiran Kilometer 228.2 Lebuhraya Utara Selatan di Bukit Gantang tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Syarafi Abu, 26, kerana didakwa membunuh Nur Syuhada Johari, 20, pada 2 Februari tahun lalu.

Syarafi berkata dia akan memberi keterangan bersumpah semasa perbicaraan.

Peguamnya, Muhammad Farhan Ahmad Fadzil berkata, beliau akan memanggil dua saksi untuk memberi keterangan semasa perbicaraan.

Atas pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Media sebelum ini melaporkan, Nur Syuhada dipercayai dikelar di leher oleh suspek yang juga tinggal sekampung ketika kedua-dua mereka menaiki kereta Proton Perdana menghala arah selatan, pada hari kejadian.

Hakim Mohamed Zaini menetapkan 13 Disember depan untuk perbicaraan.

Nur Syuhada Johari Di Kelar Dekat Bukit Gantang
Tukang Masak Kelar Nur Syuhada Tidak Mengaku Salah

Video: Mangsa Kelar Diganggu Sejak Tingkatan Lima – Bapa

Penuntut UiTM Maut Dikelar Teman Lelaki Dekat R&R Bukit Gantang (video)

Video: Jenazah Nursyuhada, mangsa kelar dikebumi

Tukang masak direman tujuh hari disyaki kelar teman wanita dekat R&R Bukit Gantang


 

UTAMABERITATUKANG MASAK DIPERINTAH BELA DIRI KES BUNUH NUR SYUHADA

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium