RAFIZI, TIGA LAGI DIDENDA RM1,950 SEORANG - pakdin.my

Kuala Lumpur : Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli dan tiga yang lain masing-masing didenda RM1,950 di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan menganjurkan perhimpunan Blackout 505 di Padang Merbok, tiga tahun lalu.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan, 38; Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook, 39; bekas Sekretariat PKR, Muhammad Adib Ishar, 27 dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, 54, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.

Mahkamah turut memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara dua bulan, jika gagal membayar denda itu.

Kesemua tertuduh mengaku salah atas pertuduhan pilihan iaitu sebagai penganjur perhimpunan Blackout 505,gagal menyertakan salinan persetujuan pemunya Padang Merbok, iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 12 Jun 2013 kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi.

Mereka juga gagal memaklumkan pemberitahuan itu kepada pegawai yang menjaga daerah polis Dang Wangi, iaitu Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad dalam tempoh 10 hari sebelum perhimpunan diadakan di Padang Merbok, Jalan Parlimen di sini, antara jam 2 dan 6 petang pada 22 Jun 2013.

Dakwaan kes dibuat mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama dibaca Seksyen 34 yang memperuntukkan hukuman maksimum denda RM10,000, jika disabit kesalahan.

RAFIZI DIPERINTAH BAYAR GANTI RUGI RM200,000 KEPADA MOHAMAD SALLEH
https://pakdin.my/rafizi-diperintah-bayar-ganti-rugi-rm200000-kepada-mohamad-salleh/
 

UTAMABERITARAFIZI, TIGA LAGI DIDENDA RM1,950 SEORANG

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium