Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaPOLITIKKRONI PLUS ADALAH 14.55...

KRONI PLUS ADALAH 14.55 JUTA PENCARUM KWSP - pakdin.my

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof menyangkal dakwaan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa kerajaan hanya menjaga ‘kroni’ dengan membenarkan Lebuhraya Utara-Selatan untuk terus mengutip tol secara tidak munasabah.

Beliau berharap ketua menteri Pulau Pinang itu menghabiskan lebih banyak masa memahami keadaan sebenar dan bukannya mengeluarkan kenyataan populis yang tidak berasaskan kepada realiti, dan Guan Eng juga tidak bertanggungjawab dengan melabelkan secara sembarangan semua pihak sebagai kroni.

Katanya pada 2011, kerajaan menswastakan PLUS Malaysia Berhad (Plus) untuk merasionalkan keseluruhan struktur tol kesemua konsesi lebuh raya di bawah Kumpulan Plus serta untuk mengelak kenaikan tol yang tidak sepatutnya.

Fadillah berkata tiada satu pun saham syarikat konsesi itu kini dimiliki apa yang didakwa Guan Eng sebagai ‘kroni’ persendirian, sebaliknya 51 peratus dimiliki kerajaan manakala 49 peratus dipegang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Saya amat tidak percaya YAB Guan Eng menganggap 14.55 juta pencarum KWSP sebagai ‘kroni’,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pemilikan KWSP terhadap Lebuhraya Plus membolehkan anggotanya menerima pulangan yang stabil setiap tahun daripada aset penjanaan tunai yang matang.

Fadillah berkata berikutan langkah itu tepat pada masanya untuk menswastakan Plus, adalah perlu diambil perhatian bahawa tol bagi Lebuhraya Utara-Selatan telah tidak dinaikkan sejak 11 tahun lepas, semenjak 2005.

“Malah, dengan pengenalan diskaun dan rebat tertentu sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kadar tol sebenar bagi Lebuhraya Utara-Selatan juga telah turun,” katanya.

Fadillah berkata Guan Eng semalam, menuduh kerajaan Barisan Nasional hanya menjaga kroni untuk mengaut keuntungan yang besar daripada perbelanjaan 30 juta rakyat Malaysia dengan membenarkan Lebuhraya Utara-Selatan untuk terus mengutip tol dengan cara tidak munasabah.

Semalam, Guan Eng juga dilaporkan menggesa kerajaan menghapuskan kutipan tol di Lebuhraya Plus, dengan menyatakan syarikat konsesi itu telah mengaut keuntungan yang lebih berbanding kos pembinaan sebenar RM5.9 bilion.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata pada tahun lepas, Guan Eng juga mencadangkan tol di lebuh raya Plus dihapuskan dan menyarankan kutipan cukai jalan bagi membayar kos penyelenggaraan serta menaik taraf lebuh raya itu.

“Kutipan cukai jalan RM2.4 bilion setahun sahaja tidak mencukupi untuk menampung kos penyelenggaraan lebuh raya Plus, selain pembiayaan bagi 50,000 kilometer lebuh raya Persekutuan yang tanpa tol serta masih menyediakan peruntukan tahunan kepada negeri-negeri bagi jalan negeri,” katanya.

Beliau berkata perbelanjaan Plus mencecah kira-kira RM1 bilion setahun untuk kos operasi, penyelenggaraan, pengawalseliaan dan perbelanjaan menaik taraf 986.5 kilometer sistem lebuh raya itu, dan berbilion ringgit lagi bagi melebarkan jalan kepada tiga atau empat lorong bagi mengurangkan kesesakan.

Katanya di bawah Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Kerajaan Persekutuan, berbilion ringgit diperuntukkan kepada kerajaan negeri bagi menyelenggara jalan negeri masing-masing.

“Ini termasuk kira-kira RM500 juta untuk Selangor tahun ini, manakala Pulau Pinang menerima RM94.4 juta pada 2014, RM101.5 juta (2015) dan RM107.6 juta untuk 2016 daripada kerajaan Persekutuan,” katanya.

201611044-tiada-kroni-konsesi-lebuhraya

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883

[VIDEO] 3 pendaki terkandas di Gunung Liang diselamatkan

Kesemua mangsa tidak dapat turun ke kaki bukit atas faktor cuaca dan laluan merintangi sungai telah dinaiki air disebabkan hujan lebat berterusan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162873

[VIDEO] Dua jemaah pada Subuh maut akibat tanah runtuh ketika berada di dalam tandas masjid di Agam

Ketika ditemui seorang telah meninggal dunia, dan seorang lagi dalam keadaan kritikal BACA seerusnya di: https://pakdin.my/162861

[VIDEO] 60 mangsa banjir dipindah ke PPS di Taiping

Banjir berpunca daripada hujan lebat berterusan melebihi dua jam dan melibatkan kawasan perumahan yang rendah BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162851

Kami perlu lebih pantas dalam aksi menentang Hong Kong – Darren

Pan Gon berkata beliau menuntut banyak daripada pemain sepanjang perlawanan dan melihat sebahagian mereka bergelut untuk mengikut rentak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162838