Identiti Mangsa Kerat Dikenal Pasti Menerusi Cap Jari - pakdin.my

 Identiti wanita yang dikerat 15 telah dikenalpasti.

Bagaimanapun Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah enggan mendedahkan identiti berkenaan sehingga keluarga si mati dimaklumkan.

DATUK TUN HISAN TUN HAMZAH / KETUA POLIS SELANGOR
Kita masih menjalankan siasatan. Kita dah menjumpai cap jari wanita tersebut dan menyemak. Kita mempunyai identiti, mengenali identiti. Identiti kita dah kenal siapa dia tapi kita nak verify dengan family dulu. Selepas itu baru saya boleh isytiharkan siapa dia.

Semakan masih dijalankan memandangkan keluarga si mati tidak membuat sebarang laporan kehilangan ahli keluarga.

Dalam kejadian Khamis lalu, mayat seorang wanita ditemui dikerat kepada 15 bahagian di sebuah pangsapuri di Ampang.

Manakala organ dalaman mangsa dibuang dalam mangkuk tandas.

Pemeriksaan turut menemui mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun disumbat dalam sebuah beg.

UTAMABERITAIdentiti Mangsa Kerat Dikenal Pasti Menerusi Cap Jari

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium