2 Lelaki Asing Ditahan, Mayat Mangsa Kerat Dikenalpasti - pakdin.my

ACP AMIRUDDIN JAMALUDDIN

Selepas empat hari pembunuhan kejam di Ampang, Selangor, polis menemui petunjuk yang kemudiannya membawa kepada perkembangan berikut.

Dua lelaki warga asing dipercayai ada kaitan dengan kejadian ditahan polis.

Manakala identiti wanita yang dikerat 15 bahagian dikenalpasti juga seorang warga asing.

Dari meja jenayah, wartawan Nik Suryani Megat Deraman ada butirannya..

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Acp Amiruddin Jamaluddin, suspek ditahan malam tadi di sekitar Selangor.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti lanjut suspek yang berusia antara 18 dan 25 tahun.

ACP AMIRUDDIN JAMALUDDIN / KETUA POLIS DAERAH AMPANG JAYA
Tangkapan doesnt mean ade relate, tapi untuk kes dia, polis buat siasatan menyeluruh ke akar umbi sekira ada relate.

Siasatan polis kini tertumpu kepada motif atau punca kepada pembunuhan antara paling kejam di Malaysia selepas kes Mona Fandi.

ACP AMIRUDDIN JAMALUDDIN / KETUA POLIS DAERAH AMPANG JAYA
3 aspek penting membuat temuduga bersama penduduk di kawasan kejadian. Kita telah menyemak senarai missing person agar membantu kita.

Polis turut tidak menafikan suspek di bawah pengaruh dadah atau alkohol ketika melakukan perbuatan kejam itu.

Laporan bedah siasat, suspek mungkin menggunakan kapak atau gergaji untuk mengerat 15 bahagian tubuh mangsa.


UTAMABERITA2 Lelaki Asing Ditahan, Mayat Mangsa Kerat Dikenalpasti

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium