Identiti Wanita Mangsa Kerat Dikenalpasti. - pakdin.my

Yang pasti, identiti mangsa bunuh, wanita yang dikerat 15 telah dikenal-pasti.

Daripada laporan kimia, mangsa warga asing berusia lingkungan 20an.

Ia disahkan hasil cap jari yang diperolehi.

Turut dikenalpasti identiti seorang kanak-kanak yang ditemui mati disumbat dalam beg.

Siasatan kini tertumpu kepada kebarangkalian, mungkinkah mangsa ada hubungan dengan kanak-kanak lelaki berusia lima tahun terbabit.

Wanita mangsa kerat

ACP AMIRUDDIN JAMALUDDIN / KETUA POLIS DAERAH AMPANG JAYA
Mangsa dah dikenalpasti seorang wanita dan seorang kanak-kanak. Kita masih tunggu laporan selanjut dr patologi apa kaitan mangsa dan kita buat ujian, belum pasti kaitan.

Semakan masih dijalankan memandangkan keluarga si mati tidak membuat sebarang laporan kehilangan ahli keluarga.

Identiti lengkap mangsa berkenaan tidak didedahkan sehingga keluarga si mati dimaklumkan.

ACP AMIRUDDIN JAMALUDDIN / KETUA POLIS DAERAH AMPANG JAYA
Dengan cap jari yang dihantar spesimen dari Jabatan Kimia dapat keputusan identiti  mangsa warga asing dan kita serah pada polis buat siasatan lanjut.

Apa yang pasti, daripada siasatan polis juga membawa kepada kemungkinan berikut, mangsa dipercayai dibunuh ditempat lain sebelum di kerat 15 bahagian.

NIK SURYANI MEGAT DERAMAN / niksuryani@tv3.com.my
3 Ogos lalu seorang pengurus bangunan di Apartment Astaria di Taman Kosas, terkejut setelah menemui sebelah kaki kiri manusia yang mulanya disangka anak patung. Ia ditemui dalam mangkuk tandas di sebuah unit tidak berpenghuni.

Pemeriksaan turut menemui mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun disumbat dalam sebuah beg.

UTAMABERITAIdentiti Wanita Mangsa Kerat Dikenalpasti.

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium