Kemelut Unisel – Aksi Mahasiswa Unisel Kemuka 5 tuntutan - pakdin.my

PELAJAR mengadakan bantahan di luar pekarangan UNISEL di Bestari Jaya, semalam.

Pelajar Universiti Selangor (Unisel), semalam mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melakukan rombakan dan pembersihan semula semua ahli jawatankuasa senat bagi memastikan pengurusan tertinggi universiti itu bebas daripada pengaruh dan campur tangan politik.

Desakan itu satu daripada lima tuntutan yang dikemukakan Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi) yang mewakili pelajar Unisel berhubung isu pentadbiran yang melanda institusi pengajian tinggi (IPT) itu yang mendapat tekanan politik sehingga membawa kepada peletakan jawatan Naib Canselornya, Datuk Dr Rosti Saruwono, Rabu lalu.

Ketua Umum Aksi, Muhammed Shahimi Ariffin (gambar) berkata, rombakan itu harus dilakukan Lembaga Pengarah Unisel termasuk Abdul Khalid selaku pengerusinya supaya tidak lagi melanjutkan kontrak empat ahli jawatankuasa senat sebagai jalan penyelesaian kemelut perebutan kuasa pentadbiran universiti itu.

Mereka ialah Naib Canselor (NC), Datuk Dr Rosti Saruwono yang kontraknya tamat pada Mac 2012: Timbalan Naib Canselor (TNC) Akademik, Prof Dr Anuar Ahmad; TNC Perancangan Strategik dan Pembangunan, Prof Dr Mohamed Daud; TNC Hal Ehwal Pelajar, Prof Madya Zainal Abidin Kidam (Disember 11) dan Naib Presidennya, Datuk Latifah Hassan yang tamat kontrak pada 1 Ogos lalu.

Ketua Umum AKSI, Muhammad Shahimi Ariffin, berkata ia adalah antara lima tuntutan dikemukakan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menerusi satu memorandum, petang semalam.

Katanya, oleh kerana Dr Rosti sudah meletakkan jawatan naib canselor, maka AKSI menghormati keputusannya dan mahu Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan dan Pendidikan Tinggi, Dr Halimah Ali bertanggungjawab atas kepincangan itu.

“Kami menuntut pentadbiran segera direformasi. Keempat-empat mereka yang tinggal tidak boleh memangku jawatan NC kerana mereka terbabit secara langsung dengan isu ini.

“Selama menunggu kontrak tamat, mereka perlu dipastikan membersihkan nama dan imej UNISEL,” katanya pada sidang media yang diadakan di luar pagar UNISEL di Bestari Jaya, di sini, semalam, selepas petugas media dilarang pengawal keselamatan daripada memasuki universiti berkenaan.

Muhammad Shahimi berkata, ahli jawatankuasa senat yang bakal dilantik perlu dipastikan benar-benar layak memegang jawatan itu dan diputuskan oleh satu jawatankuasa khas tanpa membabitkan EXCO berkaitan kerana ia dikhuatiri wujud kronisme.
Bagi mengelak kemelut berulang, katanya, AKSI mahu kerajaan negeri menyediakan satu jaminan untuk memastikan kelima-lima individu yang bakal dilantik dapat menjalankan tugas bersama.

“Kami (pelajar Unisel) menempelak pihak pentadbiran yang tidak matang dan memalukan nama baik universiti dan seluruh warganya.

“Kami dapati isu ini (kemelut pentadbiran dan campur tangan politik) bermula pada 2009 iaitu apabila Datuk Dr Rosti dilantik menjadi Naib Canselor Unisel, perbalahan dan kepincangan sudah pun berlaku.

“Kesannya, kemasukan mahasiswa baru merudum, pentadbiran dan pengurusan yang lembab, pembangunan infrastruktur tidak terjaga, hal-hal akademik tidak diselia dengan baik, kebajikan mahasiswa tidak dijamin dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perarakan membantah pentadbiran Unisel di sini, semalam.

Katanya, pelantikan jawatankuasa senat universiti yang baru harus diputuskan jawatankuasa khas, bukan lagi melalui Exco yang berkaitan kerana dikhuatiri wujudnya unsur kronisme selain calon yang terpilih tidak memenuhi kriteria tertentu.

UTAMABERITAKemelut Unisel - Aksi Mahasiswa Unisel Kemuka 5 tuntutan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium