UtamaPOLITIKDAP DIJANGKA LETAK RAMAI...

DAP DIJANGKA LETAK RAMAI CALON MELAYU PADA PRU-14 - pakdin.my

Meskipun tidak diketahui tarikh sebenar Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, namun debarannya makin terasa dengan parti-parti politik sudah membuat persediaan. Katanya akan diadakan pada tahun depan.

Lebih menarik pada PRU14 kali ini ialah apabila negara bakal menyaksikan pertembungan hebat tiga parti terbesar di Malaysia iaitu Barisan Nasional (BN) yang diketuai UMNO, Pakatan Harapan yang diketuai DAP bersama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PAS dengan parti gabungannya Parti Ikatan, yang membentuk Gagasan Sejahtera.

Sudah pasti parti-parti tersebut sudah mengintai calon-calon yang sesuai untuk mengisi kerusi yang akan dipertandingkan.

Namun paling menarik untuk diulas ialah DAP yang dijangka bakal meletakkan ramai calon Melayu. Ia bagi melemahkan PPBM kerana apabila DAP menang, sudah pasti ia tidak lagi memerlukan parti bunga itu lagi.

Apatah lagi PPBM sendiri tidak mempunyai calon-calon yang hebat. Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai contoh, dilihat tidak mampu untuk berkhidmat bagi tempoh lima tahun akan datang disebabkan oleh faktor usia.

Manakala Datuk Seri Mukhriz Mahathir pula, seperti yang diketahui, mahu dijadikan pemimpin negara oleh bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bukan sesuatu yang pelik apabila DAP mengatur strategi berkenaan kerana semua sedia maklum bahawa DAP dan Dr. Mahathir sememangnya sedang mempergunakan antara satu sama lain.

Jika sebelum ini strategi DAP untuk menarik peraturan undi orang Melayu ialah dengan mewujudkan Parti Amanah Negara (PAN), namun kini, DAP sedang mempergunakan pula PPBM.

Sebab itu satu-satunya cara untuk DAP melemahkan PPBM ialah dengan meletakkan sendiri calon Melayu. Nasib PPBM akan menjadi seperti PAS, di mana parti Islam itu dibuang daripada pakatan pembangkang. Umpama habis madu, sepah dibuang.

Dan seperti yang diketahui, DAP sudah mempunyai dua wakil rakyat Melayu iaitu Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen Raub, Datuk Ariff Sabri.

Untuk PRU14 ini, DAP dijangka mempertaruhkan lebih ramai calon Melayu dengan mereka yang dilihat berpotensi untuk disenaraikan ialah Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr. Ariffin Omar; Penolong Bendahari Kebangsaan DAPSY, Raja Ahmad Iskandar Fareez; dua Ahli Jawatankuasa (AJK) DAPSY iaitu Mohd Firduas Babh dan Dyana Sofya serta Young Syefura Othman atau Rara dan Melati Rahim.

Dengan meramaikan lagi calon Melayu, DAP boleh menentukan pemimpin Melayu untuk mengikut telunjuknya, jika dipilih sebagai Perdana Menteri. Namun itu tidak cukup untuk memastikan nasib orang-orang Islam di negara ini tidak tergugat.

Begitu juga dengan nasib orang Melayu. Lihat sahaja di Pulau Pinang, bagaimana 26 buah kampung Melayu lenyap atau bakal lenyap sejak beberapa tahun lalu. Kita tidak mahu nasib sama berulang. Oleh itu wajarlah kita mempertahan kerajaan sedia ada iaitu kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ini bukan masanya untuk mencuba parti lain, kerana kelak ia boleh membinasakan bangsa dan negara.

201612144-dap-calon-melayu

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] MKT UMNO mahu Parlimen bubar dalam masa terdekat, PRU15 tahun ini

MESYUARAT Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada malam Jumaat mencapai ketetapan untuk Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehlan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

[VIDEO] Muhyiddin tak pernah beri kata dua kepada PAS, kata pemimpin Bersatu

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin tidak pernah memberi sebarang kata dua kepada PAS sama ada perlu memilih Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) bagi...

[VIDEO] Wanita diculik ditemui mati dalam gaung

Lelaki berusia lingkungan 20-an dicekup susulan disyaki terlibat dalam kes culik seorang wanita yang ditemui mati dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat, pada...

[VIDEO] Polis kesan dua lelaki lepas tembakan depan rumah

LUMUT - Polis sedang mengesan dua lelaki yang terlibat dalam kejadian melepaskan tembakan di hadapan sebuah rumah di Sitiawan di sini pada Jumaat. Ketua Polis...

Polis nafi surat tular kes culik di Hulu Selangor

HULU SELANGOR – Polis menafikan dakwaan terdapat kes penculikan atau cubaan menculik di daerah itu sekali gus menegaskan orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang...

[VIDEO] Ular sawa ‘kenyang’ baham kambing dalam kandang

KULAI – Seorang lelaki terkejut melihat seekor ular sawa batik di dalam kandang yang kekenyangan selepas membaham kambing di Felda Inas, di sini hari...

Letupan bom di tepi jalan membunuh pegawai polis dan mencederakan empat lagi di selatan Thailand

Satu letupan bom di tepi jalan membunuh seorang pegawai polis dan mencederakan empat lagi pegawai di wilayah Pattani di selatan Thailand semalam. Beberapa anggota pegawai...

Pelajar perempuan dirogol di asrama sekolah di hadapan rakan-rakan

Seorang gadis berusia 17 tahun telah dirogol di hadapan rakan-rakannya oleh seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun ketika dia berada di asrama kuarantin Covid-19...

Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin tidak perlu beria-ia sangat mengumumkan Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan Nasional (PN). Pengumuman itu sekadar...

[VIDEO] MBJB naik taraf pam air dalam usaha tangani banjir kilat

JOHOR BAHRU -- Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menaik taraf pam air dari empat unit kepada enam unit di Rumah Pam Sungai Chat,...

[VIDEO] Polis kesan peragut rantai emas

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan peragut di dalam sebuah video insiden ragut rantai emas yang sedang dipakai mangsa ketika duduk di atas motosikal...

[VIDEO] Jambatan Kampung Parit Baru runtuh

BATU PAHAT: Akibat dirempuh rumput tebal ketika air sungai deras, jambatan utama di Kampung Parit Baru, Parit Raja di sini runtuh semalam 24 September...