SKANDAL FOREX: BEKAS GABENOR LETAK JAWATAN KERANA ORANG LAIN, KATA NUR JAZLAN - pakdin.my

20170130-jazlan-jaafar-hussin-forex

Kebenaran di sebalik peletakan jawatan bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) akhirnya terbongkar 2 dekad selepas peristiwa berlaku, kata Nur Jazlan Mohamed.

“Beliau meletak jawatan hari April Fool (1 April) 1994, kerana tutup salah orang lain,” kata timbalan menteri dalam negeri melalui Twitter hari ini.

Nur Jazlan menantu kepada Jaffar Hussein, gabenor BNM 1985-1994 yang meninggal dunia pada 1998, 4 tahun selepas meletak jawatan.

Kenyataan Nur Jazlan itu menyusuli pendedahan Datuk Abdul Murad Khalid, bekas penolong gabenor BNM, yang mendakwa bank pusat itu kehilangan berbilion dolar akibat dagangan mata wang asing pada awal 1990an ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.

Beliau mendakwa kerugian tukaran mata wang asing lebih besar dari yang dilaporkan dan dalam bentuk dolar AS, tetapi tiada siasatan dilakukan ke atas mereka yang bertanggungjawab.

Nur Jazlan memuatnaik twit memaparkan keratan wawancara Murad oleh New Straits Times, bertajuk “US$10 bilion bombshell”.

Nur Jazlan juga menaikkan keratan muka hadapan Utusan Malaysia yang menampilkan gambar Jaffar, bertajuk “Saya silap – Gabenor”, dengan tajuk kecil “Bank Negara rugi RM5.7 bilion tahun lalu”.

“Bapa mertua saya meletak jawatan kerana rasa bertanggungjawab ke atas kesilapan orang lain, sesuatu yang jarang berlaku dalam politik dan kerajaan walaupun pada hari ini.

“Kesalahan seperti itu selalunya disentuh sepintas lalu demi perpaduan dan kestabilan, hanya didedahkan pada masa yang sesuai beberapa tahun kemudian,” kata Nur Jazlan.

Bercakap kepada FMT, bekas pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkata beliau tidak tahu keseluruhan peristiwa itu.

Bagaimanapun, kenyataan Murad mengatakan pihak tertentu yang sebenarnya bertanggungjawab untuk skandal yang menggemparkan awal 1990an itu.

“Muka bapa mertua saya disiarkan di muka depan laporan Utusan, membayangkan beliau yang bertanggungjawab dan bukannya mengambil tanggungjawab selaku gabenor Bank Negara pada masa itu.”

Nur Jazlan tidak mengulas lanjut mengenai kesimpulan itu.

Pendedahan Murad menyusuli laporan ke atas dokumen Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat yang mengaitkan pentadbiran Dr Mahathir kepada kerugian AS$1 bilion.

Kerugian itu akibat daripada pinjaman daripada Bumiputra Malaysia Finance (BMF) pada 1980an kepada beberapa syarikat meragukan, termasuk unit Carrian Holdings Ltd yang berpangkalan di Hong Kong.

UTAMAEKONOMISKANDAL FOREX: BEKAS GABENOR LETAK JAWATAN KERANA ORANG LAIN, KATA NUR JAZLAN

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium